Wednesday 16 November 2011

gelak vs ketawa

jom ketawa sekejap..hehe..baca dulu baru tau lawak ke tak..hehe...citer lawak ni dalam REMAJA tau..masa time baca tu tergelak jugakla..nama pn lawak..haha...try baca tgk..agk2 lawak x??peace...

AL-KISAH 1 : Suami telampau


Sepasang suami isteri sedang dalam kereta,menyusuri jalan dalam kota dan saling mendiamkan diri kerana bbebrapa minit lalu mereka baru sahaja bergaduh.
Beberapa minit kemudian,mereka melewati sebuah kawasan sawah di mana banyak terdapat lembu dan kerbau yang sedang meragut rumput. Si suami menunjuk ke arah kawasan lembu dan kerbau itu sambil berkata sinis kepada si isteri,


Suami : Itu adik-beradik kamu ya?
Isteri : Ya, adik beradik ipar!




AL-KISAH II : Cincin Berlian


Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah hari jadinya.Walaupun begitu suaminya tetap membeli kan cincin berlian yang luar biasa harga dan indahnya.Kwan-kawan suaminya hairan dengan pilihan tersebut.
Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya," Mengapa kamu membelikan isteri kamu cincin berlian dan bukan kereta?"
lelaki tersebut tersenyum sambil berkata ," susah mencari kereta palsu".




AL KISAH III : Bergetar

Di dalam sebuah bilik darjah, semua pelajar tidak dibenarkan untuk bercakap. Tetapi ada seorang budak yang bernama Senul bergegar-gegar sehingga mengganggu pengajaran yang disampaikan cikgu.

Cikgu : Senul, kenapa awak bergegar-gegar?awak tak sihat ka?
Senul  : Maaf cikgu.Saya terpilih tetapan 'vibrate'.Saya tukar kepada 'silent' ya.




AL KISAH IV : Gula-Gula Getah


Ali duduk berhadapan dengan seorang makcik dalam komuter.Ali tengah syok mengunyah gula-gula getah sambil berangan mengenai kekasihnya.
Dengan secara tiba-tiba makcik tersebut bersuara,'Tak guna kamu bercakap dengan makcik, nak.Makcik pekak!'.





1 comment:

9n0L4 said...

haha. hadoi lah. mane dtg cite lawak ni. :)