Sunday, 30 June 2013

Cinta Pertama susah nak lupa??



Setiap orang mesti ada pengalaman bercinta kan?bab cinta pertama susah ke nak lupa?bagi ayu atas diri sendiri jugak.ada yang cepat pulih ada yang makan tahun jugak lah.

memang agak pedihlah bila putus cinta ni.lain orang lain cara untuk pulih kan.macam pengalaman ayu agak lama nak buka hati balik.siap bernazar lagi..huhu..jadi sepanjang belajar dekat u memang tak da lah couple bagai ni.serik lah kononnya.hehe..tapi nazar tu bagus jugak buat ayu fokus study.hehe

selepas 3 tahun barulah terbuka hati sikit tu pun susah jugak lah.nasib ada yang sabar kan.hehe.kesimpulannya pengalaman ayu lama sikit lah nak ok..hehe..korang ada pengalaman tak?

Saturday, 29 June 2013

Silent reader



Salam Sabtu semua...hari ni topic silent reader.peminat misteri atau pembaca setia tanpa komen?hehe..ok ke tak?macam femes ja kan ada peminat misteri bagai.yup tapi kadang tu semua ni wujud.

kadang mungkin kawan sendiri yang baca dan tak mempunyai blog untuk komen kan.kadang ada jugak suka baca updates dari kita tanpa komen.nak tau apa perkembangan ke.hehe

pendapat peribadi ayu tak kisah pun.sebab benda ni memang wujud kan.asalkan tak da sampai mengganggu life kita kira ok lah kan.lagi pun apa yang kita tulis kadang hanya mengenai isu semasa,pendapat peribadi,aktiviti harian itu ja

bagi ayu jugak selagi kita tak menyakiti atau menyentuh hak peribadi orang its ok..mungkin lain orang lain pendapat kan.yang untung nya kalau ada yang suka menggali entry lama2 kita ka,rajin baca blog kita ni penambah rating harian kita jugak.

so tak kisahlah ada yang selongkar ka,sebab blog kita macam hak kita jugak.kalau nak gosip bagai tu.depends pada orang tu.at least penting jugak lah kita ni kan.ada yang nak jadi kan topik.haha

kesimpulannya ayu tak kisah selagi tak da dengar cerita bukan2 lah. ;-).korang?

Friday, 28 June 2013

Nikmat Kebahagiaan..




Bila melihat orang lain bahagia,murah rezeki,segala serba ada..berbahagialah untuk mereka..dan jika kita kurang dari mereka jangan di banding kan..setiap rezeki yang Allah tentukan untuk hambaNya berbeza-beza..yang penting usaha doa dan tawakkal.inshaallah pasti ada untuk kita

kadang kita manusia terlupa atas nikmat yang Allah kurniakan pada kita sampai tengok orang lain lebih dari kita pun kita rasa tak senang duduk..astafirullah al'azim..moga dijauhkan sifat itu dari kita umat yang lemah ini..

inshaallah apa yang dikurniakan untuk kita sebenarnya melimpah ruah,di mana ada saudara kita di Palestin,di Syria tak dapat merasainya..Syukur atas segala nikmat buat kita semua

tumpang bahagia bila melihat orang sekeliling kita bahagia,beroleh kesenangan dan segala nikmat yang ada..inshaallah Allah melihat,nikmatNya juga untuk kita ;-) bersangka baiklah kita padaNya

Thursday, 27 June 2013

Happy Birthday My Dear Adik



26/6/2013 birthday adik ayu yang no 2,tersa cepat ja masa berlalu.dulu kecik2 sempatlah jaga dia.sekarang tak sempat nak jaga lepas ke mana hala dah.hehe..

gambar ni masa tahun 2010,masa tu baru darjah 6..
tak boleh berdekat budak 2 orang ni.gusti ja kerjanya
memang susah nak jaga adik laki.hehe


ni masa balik baru2 ni..cepat masa berlalu..tak sangka dah besar ni dah dia.hehe
baru 15 tahun siap kereta pun dah leh bawak.kakak dia dulu,apa pun tak boleh.haha

sayu pulak bila adik2 dah makin besar,kalau boleh nak dorang kecik tak besar2.hehe..tak puas nak buli kot.haha..sekarang adik2 pulak yang buli kakak nya.tak takut langsung.nasib badan lah kan.


buat adik ku Mohd Daniel Buqhari

Selamat Hari Lahir dari kakakmu yang jauh ni ;-)
semoga panjang umur murah rezeki
berjaya dalam hidup,rajin2 study sama
jadi anak yang soleh,abang yang baik
dan dipermudahkan segala dugaan hidup yang mendatang ;-)

Tersilap hantar message!





Salam Khamis semua ,sorry lama tak bw..huhu..symptom buzy la tu bla tak dapat bw..hehe..semalam Serdang blackout,so bos bagi half day,alhamdulillah dapat cuti free.hehe..

pernah tak tersilap hantar message??adoi ayu akhir2 ni asyik tersilap ja.terkena pulak pergi hantar dekat adik sendiri..haddoii kena gelak tak abis2 la kan..malu pun ada.

ada jugak orang tersilap nak cita pasal orang tu nak hantar dekat orang lain.terhantar dekat orang tu jugak..haaa ni memang kes naya tak pasal2 boleh jadi gaduhkan..hehe..bab nak mengata ni patut tak da lah kan.kang tersilap memang buruk lah akibat dia.hehe


p/s:nanti ayu bayar bw ya ;-)

Wednesday, 26 June 2013

Ubat senggugut@Period pain




 

 Ayu bab sakit ni selalu selang.bulan pertama tak sakit bulan kedua mesti sakit..huhu..setakat sekarang just letak minyak panas dan tidur jala..huhu

ada yang sakit jugak tak?ada apa2 petua..huhu