Friday, 25 May 2012

Terima kasih susah senyum pun dah OK ;-)


Dah banyak kali berlaku,hari ini terpanggil untuk bersuara..
orang-orang kita ni susah nak ucap terima kasih kah??
kalau senyum pun dah buat hati pembeli macam aku ni senang hati ;-)..
ni lah masalah kita bila dah maju,bila dah berjaya..
kadang-kadang benda yang kecil pun kita lupa..
walaupun 10sen,orang datang bagi rezeki untuk kita.
Tak mintak pun nak ucap bagai.setakat senyum pun dah OK..
Aku berniaga jugak,dan aku jugak pembeli..
dua-dua perasaan tu aku dapat rasa..
So bila aku menjual aku dapat rasa apa yang pembeli inginkan..
yang pasti setiap pesanan mama aku ingat..
''jangan lupa senyum kalau orang masuk kedai,
mungkin hari ni dia tak beli,esok lusa kita tak tau..yang penting senyum!..'' 

bila orang beli,walaupun sekupang (seposen) orang bagi,
itu rezeki,jangan lupa kata terima kasih,tak pun,saya jual ye..'' 
kan lembut begitu..pelanggan pun boleh balik dengan senang hati ;-)..
bila aku menjadi pembeli aku jugak nak begitu!..
tapi aku pelik dah banyak kali beli pun susah nak senyum,
nak terima kasih jauh sekali..kadang-kadang bagi baki duit macam nak tak nya ja..
agaknya kena cakap begini kot,''saya datang bagi rezeki nih''..
agak-agak apa dia nak jawab ya??hehe

Si comel pun pandai senyum..hehe

Penangan Mr Mama ;-)


Hari ni jari pantas bergerak aktif...
nak cerita pasal Pakcik aku sendiri yang bergelar Mr Mama..
kesnya begini pak cik aku ni seorang chef pada mulanya..
tapi memang sikap dia kot susah untuk bekerja dengan orang..
selepas dia belasah semua bos-bos dia pun berhenti kerja
(ok,yang ni memang aku yang reka ya.haha). 

lebih kurang cita ni lah kisah pak cik aku..hehe


Atas sebab-sebab tertentulah dia berhenti kerja..
lepas tu memang dia duduk rumah dan ambil alih tugas isterinya.
Mak cik aku ni kerja so senanglah kat rumah ada orang jaga anakkan..
kisah ni bertahun-tahun yang lepaslah sekarang pakcik aku dah jadi bisnesman.


Yang aku nak cerita kat sini anak-anak lebih rapat dengan dia.
aku ingat lagi anak dia no 4 masa kecik-kecik dulu
 kalau tak da pakcik aku kat sebelah mesti nangis..
kat mak dia pun dia tak nak tau..
senang cakap pantang ayah dia pergi mana semua nak ikut..
senanglah mak dia kan camni..nak kemana beli barang pun senang..hehe
kira bertukarlah isteri makan air tangan suami..bukan senangkan..hehe
tapi mak cik aku masak pun taraf chef jugak..
tak da perebutan takhta lah disitu..hehe
tu lah kisah penangan Mr Mama ni..hehe..
memang menjadi kan ;-)



kawan-kawan camna ada kisah Mr Mama jugak ke..hehe



Kata Ayu : 
Terharu dengan Deqla ni..nak tau kenapa jom terjah  

Tolong jangan curi hati ini ;-)

 Lelaki atau perempuan dua-dua kena ingat ;-)

Salam Jumaat kawan-kawan ;-)

Thursday, 24 May 2012

Anda memang T.E.R.H.E.B.A.T!!!Siapa yer ;-)


Nukilan kali ini aku luahkan kerana usia blog ini
sama dengan usia aku merantau jauh dari family..
dulu ketika jauh aku mencari teman untuk berbual,
teman untuk bersama,teman untuk berkongsi segalanya..
mula-mula teman yang aku dapat adalah akak-akak yang ada dekat rumah aku kini..
dengan mereka aku kongsi cerita..kemudian bila aku kerja teman-teman di ofis aku temui..
sekarang suka duka pahit mahit yang aku tempuh aku luahkan disini..
semua nya aku kongsi..dan aku rasakan aku rapat dengan mereka walau belum bersua muka..
nasihat pandangan komen semua membuat ku rasa begitu dekat dengan mereka..

 sudi jadi kawan saya tak??hehe


lantas aku berharap hubungan ini kekal sampai bila-bila..
teringin jugak nak bersua muka..kerana kita tidak jemu-jemu bersapa didalam maya..
bila agak nya ya..hehe..
terima kasih kawan-kawan sudi jadi kawan Ayu melayan post-post Ayu tanpa henti..
anda yang berkunjung semua Ayu anggap seperti kawan Ayu..;-)..
Kali ini Ayu pilih 5 kawan yang terbanyak komen ya..
seperti biasa memang Ayu jugak suka terjah halaman mereka..
Jom kita saling berkenalan dengan mereka ;-)


1. Noor Fatin - Fatin memang rajin komen..tak rugi kawan dengan Fatin..sebenarnya kalau nak ikutkan kenal Fatin lama dah dari zaman friendster dulu tapi tak pernah kenal pun..hehe..disebabkan sejarah hidup fatin,Ayu mula rapat dengan fatin..sesuatu yang terjadi tu ada hikmah kan sejak tu setiap hari mesti kunjung blog Fatin ;-)



 

2. Deqla Manjew - Sis ni kecik molek..sangat comel..tak caya?jom kita terjah blog beliau..hehe..yang Ayu ingat start follow blog deqla sebab kena taq dengan dia.hehe..sejak tu hari-hari bila deqla updates mesti terjah..yang boleh Ayu cakap deqla sangat periang peramah pun dia jugak..hehe..jomlah kita kenal Sis deqla yang comel ni ;-)


3. Miss Nuyui @ Yui - Dear ni memang kreatif,sangat berseni tangannya..kalau nak order craft boleh lah ke blog beliau..Ayu pun pernah order tau hadiah untuk Hari Mama..hehe..tak sempat tengok lagi sebab suruh dear Yui pos terus pada mama..hehe..rasanya Ayu kenal dear Yui dari blog fatin..maaf ya kalau silap..hehe..sejak tu terus jadi follower setia..ececewahh..hehe
p/s : dear Yui sory header tu sekerat ntahla internet kat ofis slow masa Ayu download dia tak full plak..ayu mohon ampun ya;-)

4. NarnieyBarnieyLurviey - panjangkan nama blogger ni..hehe..Ayu paggil Naniey ja..tapi jangan ngorat tau naniey dah da buah hati pengarang jantung yang beliau panggil Lurviey..so sweet..hehe..yang boleh follow naniey ni sebab masa naniey buat segmen tak salah kena taq dengansis deqla..sejak tu,macam biasa terus jadi follower tegar..hehe..nak kenal Dear naniey jomlah kita singgah halaman beliau..;-)


5. Cik Nur- Dear Nur ni Ayu baru kenal..hehe..follower dah ramai korang..hehe..memang rajin terjah and komen..semua ramah-ramah belaka yang rajin komen kan..setiap hari bila Cik Nur updates pasti Ayu terjah..nak jugak jadi top follower mereka kan..hehe..Jomlah kenali Cik Nur pula,pasti tak rugi! ;-)



Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa..hehe
Jomlah jadi kawan-kawan mereka jugak..


pada yang singgah ke halaman Ayu ni akan dibalas kunjungan anda ;-)
Salam Sahabat dari Ayu..;-)

Cita-cita terkubur atau tercapai??


Teringat zaman kanak-kanak dulu..kalau orang tanya..
''Ayu besar nanti nak jadi apa?''..
lantas aku jawab,''nak jadi doktor!''..
sambil senyum..indahnya angan-angan..
bila dah besar sikit dah tahu kepayahan untuk mencapai impian dan ada yang tanya
 ''nanti nak kerja apa''..
dah tak sepantas dulu..
perosalan terus tu terus menjadi persoalan..
dalam hati,''haish nak jadi apa erk,nak jadi doktor confirm tak dapat dah ni..''..
impian arwah tok wan nak aku buka klinik
 katanya nanti kalau tokwan sakit boleh pergi klinik Salina Ayu..
nama glamor arwah tokwan selalu paggil..huhu..
impian tu jugak terkubur begitu sahaja..
kerana jauh tersimpang bidang yang aku ambil..


bila dah kerja sekarang baru aku rasa betapa susahnya 
nak capai apa yang kita hendak..
zaman sekarang bukan zaman memilih lagi kena rebut peluang yang ada..
abah selalu sebut''jangan tanya pokok ''kalau'' dalam diri''..
''kalau aku tak pilih..''.
''kalau aku tak buat..''
''kalau aku tak pergi...''
memang tak kan menjadi kerja kalau asyik kalau saja..
belum cuba belum tahu..itulah lumrah hidup...
akhirnya sekarang aku jadi doktor jugak..
doktor merawat pokok..hehe..

kawan-kawan camna impian tercapai ke terkubur?? ;-)





Kata Ayu : Terima kasih Kak Zakie, Sera atas petua yang diberikan..dan pada semua kawan2 yang komen yang entry tadi!! ;-)

Senggugut...


Adusss..memang sakit saat terbayang terkena senggugut...
dulu masa mula-mula ok lagi..bila dah masuk 19-20 tahun..
senggugut mula menyerang dengan jayanya..
hampir setiap bulan..ingat lagi memang paling tak tahan masa tengah belajar..
tak peduli dah lecturer kat depan..
yang aku tau sakit yang amat..huhu..nasib lah kawan ada ubat..
nak tak nak aku terpaksa makan jugak..
tu lah kali pertama makan ubat yang warna merah tu dan minta2 yang terakhir jugak..
orang cakap tak elok makan ubat..
so sekarang kalau sakit memang tahan ja selagi terdaya..
 yang paling seksa kalau senggugut serang waktu malam memang tak booleh tidur.
.confirm!..

hah kena dah lebih kurang begini ia menyerang..hehe


tapi sejak-sejak akhir ni kurang lah sikit..
sebab senggugut serang selang sebulan..
maknanya kalau bulan ni tak sakit bersedialah bualn depan..hehe..
nasib lah tak teruk sangat tersa lenguh2 badan n sakit ja..
lepas letak minyak panas,merekot jap dalam sejam OK dah..
tapi nak OK memang seksa lah kejap..
ada jugak orang cakap ubat nak hilang sengugut ni kena kahwin ja..haha..betul ke??
ntahlah tak pernah cuba lagi petua ni.hehe


nilah penyelesaian terakhir..merekot je yang mampu..huhu




Kawan-kawan pernah senggugut ada petua tak nak kurangkan sakit..huhu