Wednesday, 4 April 2012

Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?


Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?




Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?

Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

Senyum....



Senyum tanpa berkata apa-apa pun sudah dikira sedekah..;-)..
jom kita senyum...!!!


Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun 
untuk disedekahkan bertanya,
 "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"

Rasulullah SAW bersabda, 
"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." 
(HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Kata Ayu: sekuntum senyuman pun dianggap sedekah..;-)

Tuesday, 3 April 2012

Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny


 Tadi sambil2 BW and jumpa member baru..hehe..
tengok kat blog Aalia Shahira ada contest best..
so aku pun nak try join lah..hehe...

ni gambar comot aku nak letak..;-)




 
 
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1. Digalakkan FOLLOW blog Farina .
2. Buat entry Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny
3. Copy banner + FULL ENTRY( bermula dari SYARAT sampai BEST BY ye ) , then paste kat entry korang tuh .
4. Sertakan  gambar ( LENGKAP BERTUDUNG ) yang korang nak pertaruhkan . MAKSIMUM 3 sahaja :)
5. Gambar yang dipertaruhkan menjadi hak farinahunny.blogspot.com sepenuhnya
5. tag 3 orang kawan , pastikan dorang tau .
6. Link entry korang kat ruangan komen ( KALAU PRIVACY BLOG  ,takleh buka , AUTOMATIK  batal )
HADIAH-HADIAH :

FIRST PRIZE 
❤ sehelai tudung / selendang 
❤ sebuah buku 
❤ seutas tasbih
❤ brooch
❤ ::: FREE sulam manik kat baju kurung :::
SECOND PRIZE
 ❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ seutas tasbih
❤ brooch
THIRD PRIZE
❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ brooch

NOTES 
: contest ini diadakan utk sejukkan mata tengok muslimah bertudung :')
: contest ini dibatalkan serta merta jika kurang daripada 20 peserta / Farina meninggal dunia sebelum contest ini ditutup :')
: hadiah simple saje la keyh  :') di"taja" sepenuhnya oleh Farina
: untuk hadiah pertama yg jahitan manik tu , agak leceh la ek :') sspe yg menang tu kne pos baju     korang utk dijahit *100% hasil tangan Farina* . kalau hantar tempah mahal ouh , ni kasi free je taw :')

BEST BY : 30/04/2012 

anda di taq..join tau!!!


 


SEGMEN ERAZ FADLI : Masa Untuk BLOGWALKING



ternampak segmen masa BW Mr Eraz..
jom join ramai-ramai!!!! 

nak join klik banner..


Setiap Pertemuan Mesti Berakhir Dengan Perpisahan


Bila masa PERPISAHAN itu berlaku kerana ALLAH..
maka, 
yakinlah ALLAH telah MENULISKAN
 yang TERBAIK untuk kita..
usah terlalu BERDUKACITA kerana
 ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA..
maka jadikan SABAR dan SOLAT itu sebagai PENOLONGMU..
dan diakhirnya kelak nanti :

~ JIKA PERTEMUAN ITU KERANA ALLAH..
~ BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH..
~ PERPISAHAN ITU JUGA KERANA ALLAH..




Allah akan MELINDUNGI kita
 saat manusia memerlukan
 perlindungan di waktu perhitungan kelak, 
Insyallah..
berpisah secara fizikal, suara, rupa tapi di hati..
tidak pernah ada perpisahan 
selagi IRINGAN DOA dan HARAPAN disandarkan kepadaNYA..yakinlah dengan KETENTUANNYA..

sumber dari : pakarcinta

Welcome back..;-)


Lemaunya rasa harini...
macam tak da semangat nak kerja;-(..
tapi hakikat merantau kena terima!!!
semalam balik 10 jam atas bas!!
ayoyo dugaan betul..
mmg letih dari 11 pagi - 9 malam..
macam balik time cuti lak..
tapi syukur selamat sampai di bumi Selangor ni..;-)..
pagi tadi pun macam taknak bangun ja..
tapi makan gaji ngan orang kena bangun jugak!!;-)..
nak BW jap..;-)

Tuan tanah : Tahniah untuk Mr Ben dah dapat Baby..;-)