Wednesday, 23 November 2011

Apa pilihan hidup aku????



Tiba2 benda ni terlintas kat fikiran aku…sebenarnya aku sendiri pun tak tau..bukan tak nak fikir..tapi selalu jalan yang aku pilih pastu aku menyesal..sedangkan tu yang terbaik untuk aku..huhuhu..memang tak boleh nak buang perasaan tu kat aku..bila aku pilih nak teruskan macam2 pulak aku pikir..aku keliru..huhu..ikut kata hati tak kena ikut kata orang pun tak kena..last sekali aku tetap brada di jalan yang aku pilih and jalan yang satu lagi aku terpaksa biarkan berlalu saja.huhu..tapi aku nak jalan tu jugak..lau boleh dua2 aku nak..adat manusia tamak..huhuuhu..untuk dapatkan sesuatu kita terpaksa korbankan sesuatu..itu yang aku tak sanggup sebab dua2 benda yang baik untuk aku.. kalau boleh tak nak hilang dua2..huhuhu..tinggal lagi 2 bulan lebih lagi untuk aku betul2 fikir and pilih satu keputusan yang muktamad..sampai sekarang still 50-50 lagi..setiap jalan yang lurus pasti ada cabangya,setiap cabang pasti ada cabarannya. Hidup manusia tidak pernah terlepas daripada ujian Allah.Cuma bergantung kepada kita sendiri bagaimana untuk kita harunginya.jika kuat hati kita untk menempuhnya maka cabaran itu pasti akan menjadi mudah.setiap usaha pasti ada  hasilnya..setiap permulaan pasti ada akhirnya.bersabarlah menghadapi dugaan itu dengan hati yang tenang.bak kata abah aku berfikiran positif itu yang penting.
Apa yang perlu aku buat sekarang adalah ………….
  • ·       sembahyang hajat mintak petunjuk dari Allah S.W.T,
  • ·       positifkan minda,kuatkan hati dengan apa yang dipilih,
  • ·       jangan menyesal jalan yang telah aku reject,
  • ·       focus pada yang aku pilih,
  • ·       teruskan dan majukan hidup dengan apa yang aku pilih..xda2 nak sedih pilihan satu lagi dah!!!ingat!!!!






Tuesday, 22 November 2011

syabas Malaysia!!!!saya bangga jadi rakyat Malaysia..yeaaayyyhoooo...

Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama



JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.
Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.
Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.
Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.
Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.
Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.
Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat
Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita.
Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.
Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun. Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.
Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .
Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!
 

Monday, 21 November 2011

bila filem twilight breaking dawn nak keluar..huhu

sabtu lepas masa tengok movie Immortals...da iklan filem twilight yang baru ni..tajuk dia breaking dawn..huhu..macam bez ja..huhu.tapi tak tau bila keluar..coming soon ja tulis..may be tak lama lagi la kot erk..hehhe...keja tengok movie ja aku ni..boring sangat sabtu ahad tak tau nak wat pa..huhu..
then disebabkan boring sangat dok umah..ari Ahad 20.11.2011 aku gi interview untuk part time teacher kat pusat tuisyen..huhu..macam2 gak dia tanya tapi ok la orang dia ramai..hehehe..tengok gaya macam nak dapat ja..hehe..tapi tak tau lagi cuma sign agreement ja..lau pa2 baru dia call aku..huhu..mintak2 dapat dari dok umah boring2 boleh gak cari side income...akak kat umah aku yang rekemen sebab dia nak pindah dah..so dia tak jadi wat part time tu dia suh aku cuba..huhuhu..aku pun try jala..macam bez ja..gi pun tak banyak masa guna sekali kelas sejam ja..hehehe,..n harga dia pun ok..lau tingkatan 1-5..sejam lh dapat RM10,RM15,RM20 and RM25..ikut bilangan student..so relax cikit la dari keja kt kedai mkn ka kn..gi pun aku minat nak mengajar ni..hehe..tak ganggu masa aku kerja sama..aku mntak weekdays malam ngan sabtu ahad tu pun pagi ja..da la masa aku rest lagi..hehehe..untuk darjah 1-6 aku mintak gak..tapi bayaran dia murah cikit..tapi aku tak kisah sangat janji lepas makan ok la..masa pun bukan tep2 ari...boleh gak aku cari pengalaman tu yang penting..hehehe..tunggu jala..lau dapat leh gak cari duit lebih..then aku balik dalam pukul 11 pagi gak kot..then tghari tu aku keluar ngan Anip...Anip ni my sweetheart la..hehe..mula2 g Mines ja..dia la mengidam nak ngurut sangat..hehe..dah jadi macam mama aku dah..g s.market ja nak urut guna kerusi urut Gintell tu..hhehe,,gi pun murah ja..RM1 untuk 3minit..tapi rasa jp ja kan..tak pala lepas ngidam..hhehe..pasni aku nak beli jala kerusi tu..tapi RM3000++ bebssss..hehehe..pastu pusing2 ja kt Mines tu..dah tak tau nak p mana..disebabkan dah lama tak makan keowteow celup kt Bangi tu..aku pun ajaklah Anip g..hehe..nak lepas ngidam dah sebulan lebih tak gi..makanan kat citu wat aku rasa macam dok kat Perlis ja..sebab rasa dia macam masakan Thai yang selalu aku makan masa time kat umah..n yang penting sedap3...hehe,,rindu kat umah..hukhuk..

immortals

haa ni nak cita apa yang aku wat hjung minggu lepas....jeng..jeng..jeng..hehe
disebabkan dah seminggu tak berjumpa buah hati..so sabtu lepas dia mai kat aku..hehe..seperti biasa dah tak tahu nak gi mana area selangor ni..hehe
mula2 ingat nak gi pc fair kat UPM tapi rupa2nya dah abis dah pun..huhuhu..then aku lak teringin nak manak nasi beriani..hahaha..penangan kat ofis aku la ari tu wat sambutan Deepavali..depa order nasi beryani kt Legends..sedap..nyum nyum memang sedap..huhu..sampai ngidam..haha..then my sweetheart pun cakap jomla dia bawak makan kat Nasi Beryani Gam kat Putrajaya...dekat ja pun ngan umah aku rupanya..then pas makan terkejut gak aku RM24..hahaha..makan ciput ja pun..aku ngn Hubby amik ayam masak merah ngan dalca ja..tapi besala nama pun nasi beryani..hehe..yang penting aku puas makan nasi kandar lagi..huhu..pastu ktaorang g la jalan2 kt Alamanda..tak rancang pun nak tengok wayang..tapi my sweetheart berkenan nak tengok cita Immortals..aku go on ja..hehehe..masuk la tengok kol 3.30 ptg...
pendapat aku movie ok la..bez gak..macam cita epik..aku minat cita camni..walaupun macam ngeri2 cikit..bagi aku la..heheheh..aku bagi 7/10 untuk filem ni...ending pun ok gak..menarik...tapi xda banyak lawan sangat macam cita titans..huhu..

Friday, 18 November 2011

tak sabar nak tengok filem Ombak Rindu

Novel ni best harap filem dia pun bez gak..ingat g zaman sekolah masa tu dok kt hostel..member yang rajin dok cita pasal cita ni..nak baca malas..hehehe..tapi jalan cerita dia best..da sedih,epy,kelakar pun da..hehehe..tak sabar nak tengok..huhu..yang lagi bez Aaron Aziz jadi hero..hihi.



.

Malaysia vs Indonesia (aku suka Malaysia menang..hahaha)

Harimau Muda tunjuk kejaguhan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (duduk dua dari kanan) bersorak gembira di bilik penginapannya di Nusa Dua, Bali malam tadi ketika menyaksikan perlawanan secara langsung antara Malaysia dan Indonesia. Najib berada di Bali kerana menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.



JAKARTA – Panas, dramatik dan penuh mendebarkan!
Itu yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi yang menyaksikan Harimau Muda berjaya membenam ego Indonesia hasil kemenangan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011.
Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Muda mara ke saingan separuh akhir apabila mengungguli Kumpulan A dengan mengumpul sepuluh mata – satu mata di hadapan Indonesia yang turut menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.
Namun yang paling mencuri tumpuan pada aksi malam tadi ialah apabila jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee diarahkan meninggalkan bangku simpanan pemain pada minit ke-68 selepas beliau didakwa mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan, Fahad Alkassar dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Tampil di hadapan hampir 100,000 penyokong fanatik Indonesia, Kim Swee menurunkan kesebelasan terbaiknya dengan Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan berada di benteng pertahanan, manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.
Bahagian tengah pula dijana kapten Baddrol Bakhtiar sambil dibantu empat pemain – Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor sementara Izzaq Faris Ramlan bergerak solo di jentera serangan.
Sang Garuda Muda pula tidak menurunkan beberapa tonggak utamanya dalam kesebelasan utama seperti penggempur berbisa, Patrich Wanggai dan Octovianus Maniani.
Seawal minit keempat, Baddrol terlebih dahulu menguji benteng Sang Garuda Muda yang diterajui penjaga gol, Andritany Ardhiyasa. Bagaimanapun, rembatan Baddrol dari luar kotak penalti berjaya dinafikan Andritany.
Ketika perlawanan baru memasuki minit ke-14, pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Syahrul Azwari Ibrahim.
PENYERANG Malaysia, Izzaq Faris Ramlan dikawal rapi oleh pertahanan Indonesia, Seftia Hadi (kiri) pada pertemuan di Jakarta malam tadi.


Baru tiga minit berada di tengah padang, Syahrul mula menunjukkan bisanya apabila berjaya merobek gawang Indonesia menerusi satu serangan balas pada minit ke-17.
Gol tersebut ternyata menyemarakkan barisan Harimau Muda menggempur kubu tuan rumah. Pada minit ke-22, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berpeluang menguji benteng Indonesia, namun percubaannya gagal menghasilkan gol.
Dengan sesekali Indonesia mengacah kubu Harimau Muda, Baddrol dan rakan-rakan sepasukannya jelas sekali berjaya menyerap tekanan dengan terus melancarkan beberapa serangan ke gawang Indonesia. Namun, tiada sebarang tambahan gol dicipta kedua-dua pasukan.
Pada minit ke-56, Izzaq dilayangkan kad kuning selepas mengasari Andritany dalam kawasan penalti. Dua minit kemudian, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan pemain tengah, K. Gurusamy dan digantikan dengan Irfan.
Biarpun beberapa percubaan dihasilkan kedua-dua pasukan, namun tiada gol dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup oleh Fahad.
Dengan kemenangan itu, Harimau Muda akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, Myanmar, manakala Indonesia berdepan juara Kumpulan B, Vietnam pada aksi separuh akhir esok (19 November).
Dalam pada itu Kim Swee ketika ditemui berkata, dia gembira dengan karaktor yang ditunjukkan skuad muda negara pada perlawanan tersebut.
“Mereka bukan sahaja berdepan dengan pemain Indonesia tetapi juga ribuan penyokong fanatik tuan rumah. Kemenangan ini tidak bermakna jika kita gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangai pada Sukan SEA 2009 di Laos,” katanya.
sumber dari Kosmo Online