Thursday, 7 March 2013

Pesanan Ayu..

Hari ni rasa free sikit kerja tak banyak macam semalam..boleh terjah teratak kawan-kawan..macam tak percaya ja semalam dalam sejarah tak bw langsung..huhu..


habis kerja dah 4 lebih..terasa penat terasa terasa pening terus rehat tanpa bw..hehe..rasanya hari ni boleh kot bw semangat dah ada ni..perut pun dah kenyang..hehe

opsss terlupa nak bagi tau,yang entry semalam tu kan..pasal nak resign..ramai yang salah paham rupanya..hihi..ayu pun tersilap tulis kot sebab tak baca balik kan..sebenarnya bulan 7 ni resign sebagai AJK Aktiviti ja..hehe..kerja belum masanya lagi.still mencari kerja lain..hihi

itulah saja pesanan dan iklan untuk pagi ni..;)..tunggu ya,sempat ayu terjah rumah korang!



KataAyu:semangat esok nak pergi ceramah Ustaz Don.;)

Wednesday, 6 March 2013

Saat-saat busy

fuhh baru selesai meeting AJK untuk aktiviti company untuk tahun 2012/2013..di sebabkan ayu AJK untuk aktiviti..so kena jalankan aktiviti jela kerjanya..ini bukan kerja dapat gaji eh..tak sabar tunggu saat letak jawatan bulan 7 ni..hihi..


next aktiviti ialah Treasure Hunt yang kena ganti dinner..sebab Head RnD yang baru tak nak buat dinner.dia arah buat aktiviti yang semua kena terlibat tanpa duduk saja ja..haha..haish macam2 komen negatif yang dapat bila first time tak da dinner ni..tapi nak buat macam mana arahan bos kan..

so minggu depan 16/3/2013 Treasure Hunt diadakan di Wetland Putrajaya..agak sibuk lah..dengan nak prepare hadiah,tempat,makan lagi..nasib dah bahagi tugas..

hari-hari yang sangat busy sebelum semua ni berakhir,mintak2 lah aktiviti kali ni berjaya..yang best hadiah  lucky draw menarik!haraplah dapat 1..hihi

itulah sebabnya ayu busy sebelum jawatan di tukar ganti..nanti ayu terjah korang eh..Salam Rabu!!

Tuesday, 5 March 2013

Kasut ZALORA dah sampai!


jeng..jeng..jeng..hehe

Salam Selasa semua..ingat tak Jumaat lepas ayu ada buat entry pasal voucher RM50 dari ZALORA kan?hari tu jugak order kasut ZALORA tu..


ingat sampai hari ni..rupanya semalam lagi dah sampai..cepatkan?Jumaat order..Isnin sampai..tak payah lama2 nak tunggu order..hehe

apa lagi,eksaited la nak try kan..dapat2 ja terus try..hehe..

pink gitu..hehe

saiz pun memang ok dengan ayu..padan!warna n corak memang sebijik dalam pic..kira tip top lah semua sama..hehe

itulah pengalaman membeli dengan ZALORA. bagi ayu service ok..order pun cepat..nanti kalau ada berkenan boleh lah shopping lagi..hehe

TQ ZALORA!!!!!



Monday, 4 March 2013

Happy Birthday Pak Jagau..

Hari ini birthday seorang lagi ahli GSF...paling macho segak bergaya ni..hihi...sapa lagi kalau bukan pemilik blog Karukord Jagau..sweet 19 ke Jagau??hehe...

entry blog nya memang buat orang menangis kerana penat bergelak..tak caya??g baca sendiri eh..hehe

so hari ni aku hadiahkan ko kek 3 tingkat eh Jagau?ko potong jela bahagian mana ko nak eh?hehe


ko suka kaler hijau kan jagau??hehe

ucapan untuk Jagau :


Selamat Hari Lahir Jagau...
semoga murah rezeki kamu,
panjang untuk kamu,
dipermudahkan segala urusan dunia akhirat
diberkati dan dirahmatiNya..
dimakbulkan segala impian..
AMIN..





KataAyu..lambat sikit singgah teratak semua ya..
buzy..huhu

Friday, 1 March 2013

Shopping With ZALORA...

Semalam ada dapat email dari ZALORA..alhamdulillah rezeki tahun 2013...ramai jugak blogger dapat voucher RM50 ni kan? so harini ayu claim voucher ZALORA tu..first time tau shopping dengan ZALORA ni..nak rasa jugakkan macam mana pengalaman berurusan dengan ZALORA..selalu baca blog orang ja..hehe

bagi ayu email yang di jawab oleh zalora memang pantas.sekejap ja pertanyaan ayu dah dijawab.dalam 1 hari terus dah dapat kod voucher untuk shopping..hehe..itu yang lagi eksaited.

terus pergi godek2 ZALORA..kalau sebelum ni cuci mata ja..sekarang turn memilih pulak..hehe..ingat sekejap ja nak pilih..tapi disebabkan harga ok jugak kira mampu beli memang lama jugak lah nak pilih-pilih.

haddooiii rambang betul mata tak tau nak pilih yang mana...Blouse cantik..kasut pun cantik2...memang banyak kali jugak kena buat pilihan...di sebabkan baru ja lepas shopping baju..so untuk kali ni shopping lah kasut pulak...


Koumi Koumi
Multi Colors Stripes Ballerina Flats


Inilah pilihan hati ayu..hehe..ada 4 warna sebenarnya kasut ni..biru dan pink jadi pilihan..warna-warna yang lain boleh tengok kat sini -->>Koumi Koumi

Di sebabkan sejak akhir2 ni banyak beli baju warna pink..so pink jugaklah pilihan hati..hehe...cantik tak? ;-)...tak sabar pulak nak tunggu sampai nanti..hehe..nanti dah sampai kita tengok ya..senang pilih kasut bertutup..boleh datang kerja sama..so memang sesuai sangatlah pilihan hati ni ;-)

masa godek-godek ZALORA tadi..baru perasan kebanyakkan barangannya ada diskaun sekarang..yang paling best bawah RM50 tu cantik2 jugak semuanya..sempat tengok untuk blouse dengan kasut ja tadi..tak boleh tengok banyak2 tak tau nak pilih yang mana nanti..hihi

lepas ni bolehlah selalu intai ZALORA,sebab boleh katakan ayu ni agak cerewet kalau nak beli barang.kena betul berkenan kat mata ni.haha..bila tengok barang ZALORA kira banyak yang berkenan dengan harga mampu milik..

yang tengah semangat nak shopping tu boleh lah pergi terjah website ZALORA.. ;-) kot-kot ada yang berkenan di hati ;-)



You are The Great Daddy!!

Hari ni hari Jumaat 1.3.13@18RabiulAkhir 1434 hari istimewa buat My Abah...walaupun anakmu jauh doaku kirimkan buatmu Abah..walau apa pun yag terjadi ayu tetap sayang abah..dan sayang tu tak pernah pudar walaupun sedikit..setiap hari doa ku titipkan moga keluarga kita sentiasa disinari sinar bahagia bersama selamanya..


Kasih ibu sampai ke syurga
Kasih ayah sepanjang masa
lahirnya aku ke dunia kerana kasih sayangmu
cintamu membuatkan aku melihat dunia
tanpa kasih sayang cintamu tiada aku di dunia

kasih abah membawa ceria
sayang abah buat ayu bahagia
cinta abah tiada pudarnya
tanpa abah tiada ayu di dunia
kerana abah ayu berjaya
jasa abah terlalu besar

terima kasih percaya pada anak abah ini
untuk ayu tempoh liku hidup ini
jauhnya kita sekarang 
sesaat tidak pernah ayu lupa..

terima kasih abah untuk segalanya.....
ayu sayang abah!!!!!!



Selamat Hari Lahir Abah!
moga abah sentiasa sihat,panjang umur
murah rezeki,moga segala impian Abah tercapai
semoga keluarga kita sentiasa bahagia dan kekal
selamanya hingga ke Syurga..Amin


Surpise for My Abah dah kirim ;)
terjahan baru nak bermula..hehe