Tuesday 30 July 2013

Kembali bekerja



Salam 21 Ramadhan.alahamdulilah 10 Ramadhan terakhir..

Selamat sampai pukul 3 pagi tagi,hari ni masuk kerja pulak awal..mau bengkak mata ni.hehe..tak lama dah Ramadhan nak berlalu rasa sekejap ja.

minggu depan dah raya..korang raya mana tahun ni?balik bila? ;-)..inshaallah ayu mungkin Selasa minggu depan baru balik.baru rasa feel raya kan lewat2 sikit.hehe

hutang BW pun bertambah ni.inshaallah pelan2 ayu kayuh ke rumah korang eh.hehe

Sunday 28 July 2013

10 malam terakhir



Alhamdulillah hari ni dah 19 Ramadhan..mulai esok kita dah masuk 10 malam terakhir dalam bulan yang mulia ni..Ya Allah cepatnya masa berlalu kan.terasa pantas sangat tahun ni..rasa kekurangan lagi ramadhan kali ni..huhu..


disitulah ada Lailatul Qadar,malam yang di rebut2 semua muslimin dan muslimat..kadang2 hati rasa sayu tak tau kenapa..moga kita sama2 menghidupkan 10 malam terakhir ni..Amin..





Saturday 27 July 2013

Oppsss ini yang tak suka!






Salam 18 Ramadhan..sekejap ja dah nak masuk 3 minggu puasa..sudah hampir 10 malam terakhir..huhu..moga amalan kita diterima Allah SWT..

Ambil kesempatan atas kebaikan seseorang.ada sesiapa yang suka tak?hehe..pasti semua tak suka kan,kecuali kalau dah memang sifat nya begitu. ;-(..

bagi ayu pun tak suka macam ni..baik dari segi sahabat,kerja mahupun kehidupan.Alhamdulillah setakat ini sahabat2 yang ditemui dikenali disayangi semua adalah yang terbaik bagi ayu.inshaallah moga itu jugak yang di rasa oleh sahabat yang mengenali ayu.mudah-mudahan yang baik2 saja.huhu..tapi kalau ada yang jumpa macam tu apa nak buat ya?.kena pandailah .mungkin ada cara nak elak semua ni terjadi kan.

kalau dari segi kerja.mungkin ada yang pernah lalui semua ni.kadang bukan kerja kita pun kena buat atau pun atas nama kerja kita orang lain dapat nama.mana2 tempat mesti terjadi semua ni kalau dah berhubungan dengan orang kan ;-)..kalau yang ni pulak bagi ayu memang kita ada hak untuk mempertahankan hak kita..tapi kalau tak ada yang nak pandang jugak bersabar selagi mampu.kalau tak mampu pasti tau nak buat apa kan?hehe..setiap orang lain tindakan ;-)

Ambil kesempatan dari segi kehidupan.mungkin ini kita tak selesa sikit kalau setiap masa ada ja nak itu ini dari kita.tapi bagi ayu selagi ada masa dan mampu tolong atau buat sesuatu ayu akan buat.tapi kalau ada sedikit terganggu dengan kerja yang terpaksa ayu siapkan tak mampu lah nak puaskan hati semua orang kan.

korang ada pengalaman ini?


autopublish

Friday 26 July 2013

Tahun Baru Gaji Baru..



Salam 17 Ramadhan..Alhamdulillah hampir 2 tahun kerja dekat sini..macam2 pengalaman yang dapat.macam2 orang jugak yang jumpa.hehe

untuk company ayu,financial close bulan 6.so masuk bulan 7 di kira tahun baru dan gaji pun baru.Alhamdulillah bulan 5 hari tu dah buat KPI dengan bos.inshallah hari ni patutnya tahu lah kenaikan berapa.huhu..

kalau naik sikit pun Alhamdulillah ada jugak rezeki kan,kalau naik banyak Syukur bertambah2 rezeki.hehe..tapi entahlah KPI hari tu bos tak bagi tinggi,biasalah kan..makan gaji..hehe.

apa pun syukur alhamdulillah,ada rezeki untuk diri sendiri dan family..lepas ni target nak jadi suri rumah pulak..agak2 ok tak?haha..


Autopublish

Wednesday 24 July 2013

Happy Belated Birthday Kak Jaa





Salam 16 Ramadhan,Alhamdulillah 23/7/2013 hari tu ada birthday girl lah..hihi..sory baru sempat buatkan entry untuk kakak yang comel kecik2 cute ni.hihi.eh macam sama maksud ja kan.hehe..

Alhamdulillah dah pernah jumpa akak comel ni ;-)..masa pergi MAHA tahun lepas.bila plak dapat jumpa agaknya...MAHA tahun depan plak kot..hihi..



Doa buat K.Jaa

Selamat Hari Lahir K.Jaa,
moga pertambahan usia ini memberi seribu makna buat akak
moga segala yang dihajati dimakbulkan Allah,
dipanjangkan umur,sentiasa murah rezeki,
dan bahagia di smaping hubby tersayang ;-)



25-29 Julai 2013



Salam 15 Ramadhan..Alhamdulillah minggu kedua puasa..yang bestnya petang ni nak balik kampung..yeayyy..dapat lah lepas rindu berbuka dan bersahur dengan family,Alhamdulillah

lama gak cuti,tapi nak buat camna kena kena ikut big boss a.k.a adik ayu yang sorang tu,nanti raya dia tak balik.marah bos nanti cuti lama.yang raya dah ambil seminggu dah.hehe..nak buat camna kan kampung jauh kat utara ;-)

semalam sempat BW,yang belum lepas cuti ayu sambung lagi eh.hehe...doakan ayu selamat pergi dan balik ya ;-)

Tuesday 23 July 2013

Hilang selera makan



Salam 14 Ramadhan..makan untuk hidup..bukan hidup untuk makan ya.hehe..alhamdulillah di bumi ini belum lagi kita kebuluran malah melimpah ruah nikmat yang diberi

tapi pernah tak kadang2 tu sampai dah tak tau nak makan apa?semua makan tak berkenan,saat ni rasa macam Allah tarik nikmat selera tu.huhu..sejak 2 menjak ni,tulah yang terjadi.sampai berbuka pun hanya makan yang ringan saja.

tetiba pelik eh kenapa pelik benar perangai selalu pantang jumpa makan.huhu..sebab terlalu fikir sampai mimpi pun bukan2.memang menakutkan.mungkin alpa atau terlupa nikmat yang diberi sampai berhari2 tak lalu nak makan.huhu

tapi tiba2 terfikir, maybe teringin nak makan masakan mama sangat ni.hehe

Monday 22 July 2013

Minggu yang padat



Salam 13 Ramadhan semua..cepatnya masa berlalu,pertengahan Ramadhan dah sekarang..pantas betul.huhu..

minggu yang buzy minggu ni,sebab 3 hari bekerja saja..Khamis ayu cuti,Jumaat pulak public holiday..alhamdulillah dapat balik kampung..hehe..Jom kita ke Perlis pulak ;-)

hutang BW banyak ni..nanti free ayu singgah ya..masih tak sempat..masa mencemburui kita..chewah...hehe

Saturday 20 July 2013

Jodoh



Salam Sabtu semua...Alhamdulillah 11 Ramadhan hari ini..Jodoh pertemuan rahsia Allah..ada orang cepat,ada yang lambat..berkawan lama pn tak menjamin dia jodoh kita..semuanya rahsia Allah..inshaalllah apa yang boleh kita buat berdoa dan terus berdoa agar orang yang kita berkenan menjadi jodoh kita.

Jodoh Pertemuan Ajal maut bukan di tangan kita.apa saja yang berlaku,terjadi ketentuan Allah SWT. inshaallah moga menjadi yang terbaik dan yang terbaik jugak untuk kita ;-)


Friday 19 July 2013

Poligami



Salam 10 Ramadhan..semalam isu paling hot pasal Ashraf muslim kan..mungkin di kalangan orang biasa pun berlaku masalah macam ni.tapi di sebabkan dia artis benda ni menjadi besar

serius memang kalau ayu jadi isteri pertamanya tak tau apa akan jadi.siapa yang nak di madukan kan..hanya orang yang kuat saja mampu terima semua ni.mungkin ada sebab semua ni terjadi.cuma pada mulanya agak berat nak terima

apa pun doakan yang terbaik untuk mereka dan sesiapa saja yang senasib dalam dugaan ini.

Thursday 18 July 2013

Harta Dunia Akhirat


Salam 9 Ramadhan :-)

 

kasih ibu membawa ke Syurga kasih ayah sepanjang masa..bagaimana ibu ayah kita,walau siapa pun mereka tanpa mereka siapalah kita.

kadang ayah ni tak cakap dia sayangkan kita,tapi caranya kita tau sayangnya tu.laki kan ego.hehe.moga segala doa ibu dan ayah kita dimakbulkan Allah dan di tempatkan mereka di Syurga.InshaAllah.Amin..



kataAyu:semalam ayu MC,inshaallah hari ni ayu singgah rumah korang erk ;-)

Tuesday 16 July 2013

Lokasi Beli Baju Raya








Salam 7 Ramadhan semua...minggu lepas saja pergi survey baju raya.ramai yang cakap dekat Jalan TAR dan Masjid India murah dan cantik2..memang tak di nafikan ada yang cantik2..tapi harga pun padan jugak dengan cantik tu.hehe

 mungkin ada area yang murah dan mahal sebab tak mahir sangat so tak tau lah kat mana.orang pulak memang ramai,sesak jugak lah nak jalan.pusing punya pusing last2 tak beli jugak baju raya..ada yang berkenan tapi lebih budget pulak.

average harga baju sekarang RM200-RM250..fuhh itu baju sehelai baju.hehe..makanya cantik macam mana pun memang tak terbeli la.budget sikit ja.hihi..apa pun harga sekarang kan.mestilah bertambah naik ;-)

Monday 15 July 2013

Waqaf Pos PEYATIM/YAWATIM



Alhamdulillah 6 Ramadhan harini...moga segala kebaikan kita diterimaNya..Amin.. risalah tentang waqaf ini untuk Petubuhan Kebajikan Anak Yatim(PEYATIM)/Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia(YAWATIM)




Waqaf melalui pos,senang sekarang kita hanya isi borang di pejabat pos dan waqafnya RM30 atau kalau nak bagi lebih dengan gandaan RM30.

APA DIA WAQAF?
 
Menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan umum, dengan niat ibadat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. 


DALIL: - 

“Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha mengetahui”

Surah Al-Baqarah 2 : 216


Sabda Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:

“ Apabila mati anak Adam, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah,

ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya”

(Riwayat Abu Hurairah
Inshaallah sempena Ramadhan yang mulia ini,amal baik yang kita buat lebih berlipatganda pahala.semoga kita sama2 membantu mereka yang lebih memerlukan tak kira apa jua bentuk.mungkin di bulan Ramadhan ini adalah permulaan dan moga ia berkekalan.Amin.

Sunday 14 July 2013

Baju Raya 2013




Salam Jumaat semua..alhamdulillah puasa ke 3 kita harini...macam mana cukup lagi ke puasa?hehe..ayu alhamdulillah belum bercuti lagi ;-)..ada yang dah beli baju raya ke?ayu tak beli lagi..nanti last minute jadi macam tahun lepas recycle ja baju yang ada.hehe..dah tua2 ni eksaited tu tak macam kecik2 dulu..tapi tengok jugak trending sekarang ni kan..macam2 baju dah ada ;-)

 sumber: en google

ni antara contoh yang hot kan?banyak jual peplum sekarang..cantik jugak tu..sekarang trend baju plain pastu ada bunga2 manik2..sweet kan ;-)..kena tengok dulu ni..kalau ada yang berkenan boleh belikan.time tak kahwin lah nak pikir 100% untuk diri sendiri kan..hehe..korang dah beli baju raya? ;-)



Saturday 13 July 2013

Lelaki dan Kereta?






Lelaki lebih obses pada kereta? betul ke tak?hehe..bagi pandangan ayu..memang nampak lelaki kalau bab kereta memang macam isteri buatnya.kadang tu jaga lebih dari isteri kot.hihi..

dan adik ayu pun sendiri cakap.kalau habis duit untuk kereta memang tak berkira.rela tak makan lagi..aduhai memang obses ni.hihi dalam masa 2 tahun dan 3 kali bertukar warna kereta dia.macam2 dah buat.

Perempuan yang ayu jumpa obses pada kereta pun ada jugak.contoh terdekat mama ayu..kereta kalau boleh nak sporty habis.haha.jiwa muda sikit mama ayu..anak perempuan dia ni geleng kepala ja..anak2 laki memang lagi suka la.hihi

apa pendapat korang?

Friday 12 July 2013

Rindu bertamu di hati...



Salam Jumaat semua..alhamdulillah Ramadhan ke 3 hari ni..penuh lagi tak?alhamdulillah ayu penuh lagi setakat sekarang ;-).. tahun ni tahun ke tiga Ramadhan sebagai perantauan...tiba2 terasa rindu masakan mama..kejut bangun sahur..selalu mama dah siap masak semua baru dia kejut,rindunyaaa...dah jauh macam ni kena buat sendiri lah..hehe..nak masak tu tak la kot,sekadar roti dan kismis jadi peneman..

rasa bahagia sangat kalau ada dekat kampung kan..nak balik pun lambat lagi..mana yang masih tinggal dengan family tu hargai lah..saat berjauhan nanti..camnilah..rindu tak keruan..hehe




Thursday 11 July 2013

Autumn in My Heart vs Autumn di Hatiku




Salam Khamis semua..alhamdulillah 2 Ramadhan hari ni.. tiba2 teringat lak kat mamat sorang ni..tak salah masa minat dia dulu time tu sekolah rendah lagi.



 suka tengok muka dia..macho2 gitu..haha..
lama dah tak tengok muka mamat ni sekarang..
rasanya dah tua dah sekarang.hehe
cerita ni pun memang best..macam nak tengok lagi plak.hehe


Sekarang ada cerita Autumn di Hatiku kan..hehe..tak tau la bez ke tak..
tak sempat nak layan lagi..jalan cerita pun tak tua camna..huhu

Wednesday 10 July 2013

1 Ramadhan 1434



Alhamdulillah sampai juga kita bertemu ramadhan kali ni..permulaan yang baik untuk Ramadhan,bangun awal sahur sembahyang tanpa nak rasa mengantuk..selalu kalau nak bangun pergi kerja mesti symptom nak tido balik tu ada.banyak kali kena kunci jam.hehe..Alhamdulillah moga kita terus dipermudahkan untuk mendapat keberkatanNya..



Moga kita mendapat keberkatan itu.Amin..segala amalan juga mendapat pahala yang berganda..inshaallah moga sama2 kita merebutnya..



kata Ayu : hari ni masuk awal 8.00pagi-4.30 petang..merasa balik awal.hehe

Tuesday 9 July 2013

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Seluruh Malaysia 2013




Salam semua,Alhamdulillah esok bermula ramadhan kita bagi tahun 2013.moga ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya.Amin...

boleh rujuk link di bawah mengikut negeri masing-masing ;-)




Ini pula bagi sekitar Selangor ;-)




Selamat Berpuasa Muslimin Muslimat di mana jua berada ;-)
Salam Ramadhan dari Ayu ;-)

Monday 8 July 2013

Amalan Sihir menyihir



Salam semua..Alhamdulillah Ramadhan bakal menjelma..puasa tetap puasa kerja tetap kerja..yang tak baik tu jangan tetap tapi tinggalkan.hehe..

ada sesiapa pernah mengalami terkena sihir tak?huhu..just nak sharing,ada orang yang terdekat dengan ayu pernah alami semua ni..nauzubillah mintak di jauhkan benda2 yang tidak baik.tapi kalau nak jadi tetap akan jadi kan

tak tahu kenapa dalam masyarakat kita masih amalkan benda2 ni semua.mungkin kerana sakit hati,nak balas dendam.tak dapat buat cara kasar guna cara halus.bila semuanya berpatah balik pada diri sendiri mula lah tuduh orang yang buatkan.yang dibuat tak nak pikir pulak.mashaallah..

bila terlalu fikir jadi geram tapi tak da lah sampai nak berbalas balik.cukuplah kita berubat untuk pulihkan apa yang mereka buat dan berdoa di beri hidayah kepada mereka dari terus jadi hamba syaitan.perpecahan umat Muhammad SAW memang lah syaitan suka sangat kan.


Sunday 7 July 2013

2 tahun bersamamu...




Alhamdulillah.. genap 2 tahun ayu bersama ''B''..macam2 orang yang ayu kenal..macam2 maklumat ayu dapat..di sebalik macam2 tu,pelbagai pengalaman ayu dapat..yang paling best dapat kenal korang yang awesome ni..kenangan terindah kot..yang pahit tak banyak berbanding yang manis2 ni.hehe..paling best part tambah kenalan lah..

''B'' merujuk kepada Blog..hehe..sebelum ni just suka2 ja,tapi bila dah dapat tambah kenalan rasa best pulak kan..kadang timbul jugak,sampai bila ya blog ni akan wujud..hehe..inshaallah selagi ada umur,selagi hubungan terjalin..dan macam2 lagi lah..hehe..inshaallah..

tinggal lagi 2 hari sebelum Ramadhan...moga banyak berita baik untuk Ramadhan kali ni..tahun ni pun tahun kedua ayu bekerja..banyak angka 2 kali ni..hehe..

Saturday 6 July 2013

Antara Kereta dan Rumah?






Salam Sabtu semua..sabtu terakhir sebelum puasa.hehe..antara kereta dan rumah?yang mana 1 lebih penting?kalau ikut zaman sekarang dua2 penting kan.rumah aset yang takkan susut,kereta aset yang susut nilai..huhu

kalau bagi ayu di sebabkan kerja dekat dengan rumah.kereta bukan keutamaan lagi sekarang.untuk pelaburan jangka masa panjang bagi ayu rumah tu penting

kebanyakkan yang bekerja kereta yang akan di beli dulu kan.ye lah senang jugak nak ke sini sana kan.terpulang ikut individu.yang penting mengikut kemampuan diri ;-)

pendapat korang?

Friday 5 July 2013

6 BE tengah running..





Salam Petang Jumaat semua..
tadi try tengok nuffnang rupanya dapat lagi 3 BE..lama tak jenguk..hehe..
Alhamdulillah


Generation Today Campaign - 

Intel Malaysia memulakan kempen terbarunya, 'Generasi Today' kempen. Satu kempen yang bertujuan untuk menggalakkan terbaru PC Intel berkuasa, kempen 'Generasi Today' membolehkan pelanggan untuk berdagang dalam PC Intel berkuasa lama (kedua-dua komputer meja dan komputer riba) bagi rebat tunai sehingga RM300. Rebat kemudiannya boleh digunakan untuk membeli jenama baru peranti Intel berkuasa daripada rakan-rakan yang mengambil bahagian.

boleh tukar PC lama ke baru ke erk.



INTI Cycle 3 Degree -

INTI universiti college..banyak jugak tengok kos dekat U ni.computing,hospitality,health sciences..kena buat pilihan yang bijak kalau nak sambung belajar  ;-)..

Coke Ramadhan 2013 

ada special price ke?yang pasti kena daftar dulu untuk dapat rewards..tak dapat lah nak join.dah lama tinggal tak minum coke.100 plus boleh masuk tekak lagi..hehe


harap kekal lama lah kali ni..hihi..  

Bersediakah kita?




 Bersediakah kita menerima mereka sebagai teman tidak lama lagi?huhu
moga ramadhan ini adalah yang terbaik buat semua...
Salam Ramadhan....

Thursday 4 July 2013

ABC paling best!




Sabtu lepas ayu pergi Shah Alam..niat hati nak pergi KWSP,tapi tak buka pulak.huhu..kebetulan memang tengah mengidam pun.hehe..ni lah paling feveret kalau pergi Shah Alam..

makan ABC Special dekat seksyen 2..memang best lah..dekat tempat lain tak jumpa lagi camni..mengidam punya pasal nasi pun tak sentuh.makan ABC semata.hehe


amacam terliur tak?hihi

kalau tepi pantai pastu ada pulak laksa mesti lagi sedap kan?hehe..lepas ngidam nak posa nanti..sekali sekala pergi Shah Alam rugi tak try.hehe

Wednesday 3 July 2013

Tuesday 2 July 2013

Amalan bulan Ramadhan


Inshaallah lebih kurang seminggu saja lagi untuk Ramadhan
moga kita sempat untuk Ramadhan kali ni
dan Ramadhan yang terbaik buat semua
Inshaallah...AMIN




KataAyu:maaf ya ada yang tak sempat bw,buzy sikit.huhu

Monday 1 July 2013

Komen Blogger isu silap hantar message ;-)



boleh kata majoriti pernah alami situasi tersilap hantar message kan?hehe
kadang2 ingat balik boleh tergelak sorang2 jugak..hehe







masak jugak kalau jadi macam miss banu kan..hihi..jenuh menjawab lah pastu ;-)