Sunday 30 June 2013

Cinta Pertama susah nak lupa??



Setiap orang mesti ada pengalaman bercinta kan?bab cinta pertama susah ke nak lupa?bagi ayu atas diri sendiri jugak.ada yang cepat pulih ada yang makan tahun jugak lah.

memang agak pedihlah bila putus cinta ni.lain orang lain cara untuk pulih kan.macam pengalaman ayu agak lama nak buka hati balik.siap bernazar lagi..huhu..jadi sepanjang belajar dekat u memang tak da lah couple bagai ni.serik lah kononnya.hehe..tapi nazar tu bagus jugak buat ayu fokus study.hehe

selepas 3 tahun barulah terbuka hati sikit tu pun susah jugak lah.nasib ada yang sabar kan.hehe.kesimpulannya pengalaman ayu lama sikit lah nak ok..hehe..korang ada pengalaman tak?

Saturday 29 June 2013

Silent reader



Salam Sabtu semua...hari ni topic silent reader.peminat misteri atau pembaca setia tanpa komen?hehe..ok ke tak?macam femes ja kan ada peminat misteri bagai.yup tapi kadang tu semua ni wujud.

kadang mungkin kawan sendiri yang baca dan tak mempunyai blog untuk komen kan.kadang ada jugak suka baca updates dari kita tanpa komen.nak tau apa perkembangan ke.hehe

pendapat peribadi ayu tak kisah pun.sebab benda ni memang wujud kan.asalkan tak da sampai mengganggu life kita kira ok lah kan.lagi pun apa yang kita tulis kadang hanya mengenai isu semasa,pendapat peribadi,aktiviti harian itu ja

bagi ayu jugak selagi kita tak menyakiti atau menyentuh hak peribadi orang its ok..mungkin lain orang lain pendapat kan.yang untung nya kalau ada yang suka menggali entry lama2 kita ka,rajin baca blog kita ni penambah rating harian kita jugak.

so tak kisahlah ada yang selongkar ka,sebab blog kita macam hak kita jugak.kalau nak gosip bagai tu.depends pada orang tu.at least penting jugak lah kita ni kan.ada yang nak jadi kan topik.haha

kesimpulannya ayu tak kisah selagi tak da dengar cerita bukan2 lah. ;-).korang?

Friday 28 June 2013

Nikmat Kebahagiaan..




Bila melihat orang lain bahagia,murah rezeki,segala serba ada..berbahagialah untuk mereka..dan jika kita kurang dari mereka jangan di banding kan..setiap rezeki yang Allah tentukan untuk hambaNya berbeza-beza..yang penting usaha doa dan tawakkal.inshaallah pasti ada untuk kita

kadang kita manusia terlupa atas nikmat yang Allah kurniakan pada kita sampai tengok orang lain lebih dari kita pun kita rasa tak senang duduk..astafirullah al'azim..moga dijauhkan sifat itu dari kita umat yang lemah ini..

inshaallah apa yang dikurniakan untuk kita sebenarnya melimpah ruah,di mana ada saudara kita di Palestin,di Syria tak dapat merasainya..Syukur atas segala nikmat buat kita semua

tumpang bahagia bila melihat orang sekeliling kita bahagia,beroleh kesenangan dan segala nikmat yang ada..inshaallah Allah melihat,nikmatNya juga untuk kita ;-) bersangka baiklah kita padaNya

Thursday 27 June 2013

Happy Birthday My Dear Adik



26/6/2013 birthday adik ayu yang no 2,tersa cepat ja masa berlalu.dulu kecik2 sempatlah jaga dia.sekarang tak sempat nak jaga lepas ke mana hala dah.hehe..

gambar ni masa tahun 2010,masa tu baru darjah 6..
tak boleh berdekat budak 2 orang ni.gusti ja kerjanya
memang susah nak jaga adik laki.hehe


ni masa balik baru2 ni..cepat masa berlalu..tak sangka dah besar ni dah dia.hehe
baru 15 tahun siap kereta pun dah leh bawak.kakak dia dulu,apa pun tak boleh.haha

sayu pulak bila adik2 dah makin besar,kalau boleh nak dorang kecik tak besar2.hehe..tak puas nak buli kot.haha..sekarang adik2 pulak yang buli kakak nya.tak takut langsung.nasib badan lah kan.


buat adik ku Mohd Daniel Buqhari

Selamat Hari Lahir dari kakakmu yang jauh ni ;-)
semoga panjang umur murah rezeki
berjaya dalam hidup,rajin2 study sama
jadi anak yang soleh,abang yang baik
dan dipermudahkan segala dugaan hidup yang mendatang ;-)

Tersilap hantar message!





Salam Khamis semua ,sorry lama tak bw..huhu..symptom buzy la tu bla tak dapat bw..hehe..semalam Serdang blackout,so bos bagi half day,alhamdulillah dapat cuti free.hehe..

pernah tak tersilap hantar message??adoi ayu akhir2 ni asyik tersilap ja.terkena pulak pergi hantar dekat adik sendiri..haddoii kena gelak tak abis2 la kan..malu pun ada.

ada jugak orang tersilap nak cita pasal orang tu nak hantar dekat orang lain.terhantar dekat orang tu jugak..haaa ni memang kes naya tak pasal2 boleh jadi gaduhkan..hehe..bab nak mengata ni patut tak da lah kan.kang tersilap memang buruk lah akibat dia.hehe


p/s:nanti ayu bayar bw ya ;-)

Wednesday 26 June 2013

Ubat senggugut@Period pain




 

 Ayu bab sakit ni selalu selang.bulan pertama tak sakit bulan kedua mesti sakit..huhu..setakat sekarang just letak minyak panas dan tidur jala..huhu

ada yang sakit jugak tak?ada apa2 petua..huhu

Tuesday 25 June 2013

Nikmat Syukur



Sebenarnya dugaan yang Allah bagi sangat kecil kalau nak di banding nikmat yang diberi kan..kita bernafas hari ni,sihat tubuh badan,cukup makan pakai,perasaan tenang dan aman.tak terkira nikmat Allah bagi.banyak sangat..

tapi bila di uji sedikit kita cepat melatah.merungut susah sangat nak terima segala bentuk ujian.itulah manusia kan..sesiapa pun sama saja perasaan tu kadang2 mesti timbul

yang penting kena muhasabah diri balik setiap yang terjadi pasti ada hikmah,pasti ada sebab.mungkin kena imbas balik apa yang telah kita buat.kalau baik hasilnya alhamdulillah..kalau yang tidak baik mungkin ada salah di mana2 yang kita terlepas pandang

yang penting syukur atas nikmatNya,terima qada' dan qadar inshallah mudah kita nak terima ujianNya..inshaallah diri ini pun kadang melatah jugak.huhu

Monday 24 June 2013

Kerana Jerebu....



Sejak semalam keadaan jerebu dekat bumi Serdang makin parah..hari Sabtu ok lagi..Ahad nak keluar pun tak boleh..maklumlah merempitkan lagi teruk lah kena nanti..hehe

Sesak nafas ja rasa kalau keluar,macam foging pun ada jugak..tapi langkah keselamatan kena lah ambil kan..time ni lah kena kurangkan makan kat luar di mana yang terdedah pada udara.kena pakai mask.

di sebabkan aktiviti manusia yang tak bertanggungjawab rakyat jadi mangsa.huhu..berkaitan isu tu harap selesailah kan.dari pandangan Islam pun ada berkaitan jerebu ni kan..harap kita ambil iktibar dan tidak putus2 berdoa..


harap kita tak pandang mudah isu jerebu ni..kesihatan tu penting.tak terasa pun macam di genting kerana seksanya nak bernafas dalam jerebu..hehe

langkah2 keselamatan kena ambil awal bagi tempat yang dah di serang..huhu
Ni depan rumah ayu.abaikan yang lain tu ya..hehe..buka pintu pun rasa sesak nafas.kena tutup sentiasa.huhu..ni dah pukul 2 ptg tak silap.tapikabus macam atas gunung..huhu



akhirnya gini lah jadinya..nak keluar kerja balik kerja ber 'mask' lah jawabnya..huhu..ada rupa dentist tak.hehe..waktu ni baru rasa syukur nya waktu nyaman dulu..moga Allah turunkan hujan,moga jerebu ni cepat pulih..Amin...

Selamat Hari Lahir Kak Fieda




Salam Isnin Semua...moga segala amalan kita di terima Allh SWT..moga permulaan ini jugak merupakan yang terbaik untuk kita semua ;-)Salam Nisfu Syaaban...

22 Jun 2013 hari tu ada besday mama sorang ni lah..hehe..cute mute kecik molek semua da..sapa lagi kalau bukan Kak Fieda..

comel tak??hehe..muka ibu dan anak nak sama kan..hehe..copy paste ye kak..hehe



Selamat Hari Lahir Ayu ucapkan buat K.Fieda
moga terus bahagia di samping suami dan anak2,
dipermudahkan segala urusan dunia akhirat,
dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
AMIN ;-)

Sunday 23 June 2013

Wajah kita




 

 Subhanaallah indah ciptaan Allah kan..saat kita rindu mak dan ayah,tenung wajah sendiri pun dapat lihat mak dan ayah..

saat rindu pas ni boleh tengok cermin..lebih wajah sapa erk..hehe..kalau ayu ramai cakap ikut muka ayah..korang pulak??;-)

Saturday 22 June 2013

Review Lotion Ultra Protect Banana Boat




Salam Sabtu semua..selamat berhujung minggu ;-)..hari tu masa pergi Redang..perkara yang penting mestilah nak kena bawak sunblock kan..tambah pulak main pandai memang tak terkata lah burn nya..

Ayu pun apa lagi prepare bagai lah..siap pergi beli lotion bagai..haha..so penjual kat kedai tu suggest kan ambil yang Banana Boat ni dia cakap ok..apa lagi try je lah kan..



inilah rupanya lotion.teknik penyapuan jugak penting.kena sapu awal.jangan masa nak turun laut@snorkelling baru sapu.at least 30 minit awal.

alhamdulillah muka memang tak nampak burn sangat,kaki n tangan burn jugak.dan 1 lagi kalau selam tu kalau boleh tak yah panggung2 kepala.letak ja dalam air.tak dalah kena panas sangat kan.haha

Friday 21 June 2013

DOA di dalam Sujud Terakhir..




 

Amin..moga segala apa yang kita buat mendapat keredhaanNya...


 minggu ni semua  entry Autopublish.
nanti kelapangan ayu balas jejak ;-)
Salam Syaaban semua...


Thursday 20 June 2013

Review Redang Lagoon Package




Salam semua..hari ni berpeluang nak kongsi package murah masa bercuti dekat Redang hari tu..memang murah berbanding package yang lain.makan,tempat tidur,aktiviti memang semua ok..


masa ayu pergi bukan time cuti sekolah, untuk 3 hari 2 malam dapat lah harga RM280.masa tu pun ambil time ada promotion.kira package tu sekali makan,tiket feri pergi balik ke Redang,chalet,snorkelling..ok la kan..semuanya dalam 1 package..hehe

 tempat makan dan riadah

chalet

 ni antara contoh bilik.

masa ayu pergi dulu ada 1 katil double,1 single,tapi boleh request tilam.dalam 1 bilik tu boleh lah konsi 4 orang.rate ni pun ikut bilik jugak.ada yang lagi mahal.

kalau ada orang nak bercuti secara budget boleh lah ambil package yang ayu cuba ni.hehe..semua serba cukup.makan dalam masa 3 hari tu pun sedap2 ;-)

Wednesday 19 June 2013

Hadiah dari Blogger..Terima kasih Daun Keladi ;-)


Salam Semua..maaf kelewatan meng-update hadiah2 dari korang.hehe..ada ja tak sempat kan.hehe..terima kasih sudi bagi ayu hadiah..


antara hadiah yang ayu dapat..

Keychaid dari bandung dari YUI sebab ayu menang GA YUI bulan April..tq banyak2 Yui,bertambah koleksi pasni.hehe...

Keychain Sarawak dari Ummi Iman..tq kak sudi post dekat ayu.semua koleksi sekarang letak kat ofis.boleh tengok2.hehe..

Getah rambut n notepad tu dari K.yue,lama dah dapat baru sempat nak ambik pic.hehe..selamat gantung dekat ofis dah.hehe..tq kak Yue..

Frigde magnet dari ejulz.tak salah 100 blogger dpt kan..rajin ejulz..hehe..dah gantung dekat ofis jugak..tq ejulz..

opss yang keychain topi tu dari member UPM yang g belajar dekat indonesia,tq buat Mas ;-)


selamat bergantungan dekat ofis..hehe

Buat Deqla,Kak Niena dan Kak Aima,ayu mintak maaf sangat2 tak sempat nak tengok hadiah yang di pos kat kampung.bukan apa mama baru pindah rumah aritu,so dia pun tak ingat kotak yang dia simpan kan hadiah tu letak kat mama.nak cari tak sempat lak.sempat dia bagi bayangan gurauan sajalah kat ayu.hehe


cantik tak ayu lukis?hihi

penyepit nota dari deqla..tq tau itu yang dapat ayu bayangkan,betul tak?hihi..tq deqla..

syiling dari sigapore dari Kak Aima,tq kak..tapi mak tak ingat plak nilainya..hehe

Buku surah pilihan kan Kak Niena?tq jugak tau..nanti balik kampung ayu tolong cari kat mama pulak..hehe


surprise!!!haa nilah hadiah yang mama dan abah ayu bagi sempena 24 tahun 14 Mei haritu..hehe..ingat jugak kat anak dara yang sorang ni..hehe..kalau hadiah mama yang pilih confirm warna biru sebab dia tau anak dara dia ni peminat biru ..haha..tq buat mama dan abah..;-)

Ni pulak hadiah dari en anip..cakap tak da hadiah,ingat betul lah kan..tup2 ada jugak.hehe..tq sebab bagi jam gambar ni kat ayu..hehe


tq pada semua blogger yang sudi bagi kenangan ni kat ayu..hehe..inshaallah moga ikatan yang terbina terus erat dan kekal.moga semuanya dimurahkan lagi rezeki ya ;-)

Tuesday 18 June 2013

Pengalaman menjalani Ujian Kompetensi UKM





Salam Semua...Sabtu lepas 15/6/13 ayu sempat pergi UKM untuk jawab ujian untuk menjadi staf UKM..Alhamdulillah selesai semuanya..tunggu result jelah..hehe..kalau ada rezeki inshaallah step seterusnya interview pulak..banyak jugak lah benda kena buat.ingat kejap last2 pukul 12pm jugak baru settle.

memang ramai sangat orang rasanya ada jugak 300-400 orang.terkejut jugak takkan 1 jawatan sampai banyak ni kan..rupanya banyak jawatan.cuma jawatan yang ayu pohon paling ramai calon.haha..rasanya ada jugak 100-150 orang.

Ujian 1 : Psikologi- berkaitan diri kita.lebih kurang 300 soalan objektif.ada jugak soalan yang kelirukan kita.yang pernah buat mesti tau.hehe

Ujian 2 : Pengetahuan Am - banyak berkaitan sejarah,isu semasa dan UKM.ada 30 soalan objektif.boleh lah tapi memang dah agak ada salah.haha

Ujian 3 : Esei BM.350-400 perkataan.tajuknya Peranan masyarakat dalam membentuk Keperibadian Golongan Muda-Mudi.boleh tahan jugak ayu menggoreng..haha..bm lah katakan.tapi ntah hangus ke tak tu tak tau.haha

Ujian 3 : Esei BI - Which one more valuable health or wealth?sekali dengan sebab kena bagi di sebabkan lama tak karang terkial2 jugak lah..haha..redha jala..huhu

Alhamdulillah selesai sudah..kalau ada rezeki dapatlah g interview.kalau tak da rezeki kat situ nak buat camna kan.dah usaha..doa dan tawakkal ja lah pas ni ;-)


kataAyu:Minggu ni agak buzy sikit.maaf ya kalau tak sempat singgah..huhu..nanti ayu bayar hutang..hehe

Monday 17 June 2013

Mimpi yang paling indah...




indahkan Kota Makkah

Salam semua...moga segala urusan kita hari ini dipermudahkan ..amin..sejak mimpi hari tu sampai ke hari ni asyik teringat ja..bestnya kalau dapat mimpi macam tu lagi...

seumur hidup ayu tak pernah mimpi melihat Kaabah di depan mata.Alhamdulillah 1 malam dalam bulan Rejab haritu ayu mimpi ayu betul2 ada di depan Kaabah,ramai sangat orang lalu lalang,tapi ayu still nampak Kaabah pastu tersenyum sendiri.

sampai sekarang tak tahu apa maknanya mimpi tu tapi asyik teringat saja memang dalam impian nak ke sana tapi tu lah duit tak cukup lagi..memang berharap sangat suatu hari nanti dapat jejak ke Tanah Suci rumah Allah ni..inshaAllah.amin..




Sunday 16 June 2013

Kenduri Kesyukuran




2 minggu lepas ayu balik kampung sebab mama buat kenduri kesyukuran.Alhamdulillah 2 Jun 2013 ulangtahun mama dan abah yang ke 25 tahun..moga terus kekal moga mama kuat hadapi dugaan yang mendatang..tak banyak gambar yang sempat snap ayu kalut bakar ayam.haha..

antara lauk yang dihidangkan,ni ambik katering kat mak en anip ja.hehe..
pastu mama buat pulut kuning dan kuih muih.
kalut sampai tak sempat snap.hehe


ni adalah chef bongsu dalam family ayu.haha..chef harris..


 yang 1 ni confirm ayu yang makan.kalau orang lain tak cukup 1.hehe
tapi lepas tambah pulak lagi 3.haha

ni anak2 member ayu,3 orang dah haa..jenuh nak kawal.hehe

muka copy paste bapaknya.hehe

acik ayu pun nak jugak.hehe

tetamu yang lain yang datang banyak kawan mak dan ayah,tak kenal sangat..so memang tak la se sporting nak pergi tangkap pic.hihi..malu sama kot...haha

Alhamdulillah selesai sudah kenduri yang mama buat.kalau kenduri yang besar2 nanti ayu jemput semua eh..ni yang kecik2 ja.hehe

Saturday 15 June 2013

Bercuti di Pulau Redang 10-12/5/2013






Salam Semua..harap semua sihat dan dipermudahkan urusan kita hari ni ya ;-)...baru sempat nak uppdate pasal bercuti hari tu..10-12/5/13 lepas ayu pergi Redang dengan member ofis.alhamdulillah semuanya berjalan lancar..kira first time lah snorkelling bagai ni..hehe

10/5/2013
-bertolak ke terengganu pukul12.30 pagi,5 orang naik kereta.sampai sana dalam pukul 6.50 pagi.
-berhenti di masjid Terapung solat Subuh
-bergerak ke Jeti Syahbandar & naik feri pukul 9.30 pagi
-sampai P.Redang dalam pukul 11.39 kalau tak salah.lama jugaklah atas feri tu..sempat tidur lagi.hehe
-Makan dan bersiap untuk snorkelling pukul 2.30 petang
-petang dan malam aktiviti bebas.jenuh makan dekat sini,sebab package semua sedap2.hehe


 Terapung di atas tasik,siap boleh nampak matahri terbit,memang cantik sangat.

Kali pertama sampai Pulau Redang ;-)
Suasana pantai Pulau Redang..
ni masa petang tak da nak buat apa..hehe
 Ni lah resort yang ayu duduk masa kat Redang..memang ok,harga pun berpatutan ;-)

11/5/2013
- pagi 9.00 pagi ada aktiviti Marine Park,snorkelling lagi.memang banyak lah ikan & terumbu karang yang cantik2..
- lepas makan tengahari patutnya ada snorkelling lagi,tapi disebabkan ombak kuat terpaksa cancel.
-so kitaorang pun pergilah jungle tracking.agak penat jugaklah panjat2 bagai ni..hehe..last checkpoint jumpa patai apa lagi selam lah kat situ hampir dekat tengah laut jugak lah.sebab ombak tak kuat.tapi tak jumpa penyu pun.hehe

 Suasana pagi di Redang..hehe

Matahari ;-)

12/5/2013
-bersiap nak balik,feri dalam pukul 11.00 pagi macam tulah..
-sampai ke jeti dalam pukul 1 petang.
-makan dan beli belah sikit terus singgah ke Masjid Kristal untuk Solat Asar.
-bertolak balik Serdang dalam pukul 6 petang sampai pukul 11 lebih sampai Serdang.hehe

suasana sebelum balik.hehe

 sempat singgah masjid Kristal ;-)

gambar tak banyak..orang lain yang banyak tangkap tak dapat lagi gambar.ni dari nset ayu jala..hehe

kalau nak tahu ni kira percutian budget,package segala bagai paling murah lah..makan,penginapan,tambang pergi balik tak sampai 400..hehe..ok lah kan.dapat jugak pergi release tension.haha

Friday 14 June 2013

Bila nasi bertukar menjadi.....




Salam Jumaat semua,sebelum tu maaf ya hari ni tak sempat nak melawat semua rumah.tengahari semalam tak sempat keluar lunch,so balik dari kerja memang lapar tahap menggigil badan..haha..dah lepas mandi semua,hajat nak makan lah kan.sekali bila buka bungkusan.ini yang jadi!

Pulut sekaya rasanya.hehe

yang sebaris lagi telah dihabiskan housemate.haha..aduhai terpaksa tahan lagi lah perut,kena masak nasi lak.dugaan semalam..hehe..tekejut masa bukak..eh ada ka nasi macam ni?*blur punya pasal.haha..tak larat nak pergi pulangkan balik.nasib selalu pergi kedai tu.boleh lah pergi mintak halal nanti..hehe

dorang cakap boleh tahan sedap jugak..haishh mengidam ni pulak la..hehe


KataAyu:bermeeting petang hari,isnin sambung bw ya ;-)

Kelebihan Berselawat




klik untuk lebih besar

Alhamdulillah bertemu Jumaat lagi...
selawat ke atas Nabi,inshaallah banyak rahmatNya...
Salam Jumaat semua ;-)


KataAyu:study untuk ujian esok pula..huhu

Thursday 13 June 2013

BE ke 7 2013






 dah lama tak cek..hehe..tengok2 dah ada yang kredit dah pun..
ayoyo ingat nuff dah tak bagi BE.hehe
ada jugak rupanya..tapi tak banyak lagi tabung tu..huhu

baru tahu jugak pasal Transtitions tropical ni kanta direka untuk cepat menyesuaikan diri dari rumah yang jelas kepada gelap sepenuhnya dalam matahari terang, yang menawarkan kelebihan yang berbeza lebih kanta jelas. Tetapi Peralihan ® kanta penyesuaian tidak hanya kira-kira yang jelas dan gelap, mereka terus menyesuaikan diri dengan perubahan cahaya supaya mereka sentiasa betul-betul bawah naungan anda perlu mereka untuk menjadi.

Mitsubishi Mirage boleh tahan jugak harga pun tak adalah mahal sangat dari RM55 328-RM63 120.ok lah kan..sesuai untuk perempuan bawak..hehe

boleh tahan kan..hehe..kecik comel ja ;-)



Harga Kereta turun





wahh harga kereta dah turun?sapa yang plan nak beli kereta boleh lah usha2 kan..mana tau kot ada berkenan..ayu belum tiba masa lagi nak beli kereta.hehe..banyak yang harus di dahulukan dulu..huhu..yang penting biar kita ada aset yang betul2 menjamin masa depan kan..

bab kereta memang ayu tak pandai sangat.hehe..setakat naik pandailah.haha..Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

sebelum turun harga mesti dorang kaji bagai kan,mungkin ni yang mampu diturunkan.banyak faktor nak kena tengok tu..huhu..


Wednesday 12 June 2013

Peneka tepat & pantas teka-teki Ayu ialah....





akhirnya ada blogger yang berjaya teka dengan tepat dan pantas teka teki ayu pagi tadi dan blogger tersebut ialah ...


dan 

 boleh beri alamat dekat ayu ya..nanti ayu post kan cenderahati..hehe..mulanya nak bagi cenderahati kepada 2 orang..tapi ada 3 lagi blogger jawab dengan betul so,ayu bagi jugak lah ya..hihi..susah jugak nak teka..jangan lupa bagi alamat dekat ayu ya ;-)

opss lupa nak bagi tau jawapan yang sebenar ya ialah Pokok Tembakau..hehe..sekarang orang dah tak tanam kan,ayu pun ada dengar nak tanam pun perlu ada lesen sebab ni antara pokok yang terkawal.sekarang kerja ni lah yang bertambah ,kena buat research guna pokok ni pulak..hehe

banyak bagi jawapan bayam dengan sawi ,aha kan ada rupa jugak tapi rasanya kita boleh tanam..hihi..

tq yang sudi jawab nanti kita main2 lagi eh ;-)



KLU untuk teka teki ayu





Jom Jawab teka teki ayu:

oppss lupa bagi klu,sebenarnya pokok ni pun ayu jarang tengok.hehe
disebabkan kena tanam baru tahu camni rupanya..
tak salah kena ada lesen untuk tanam,tak boleh sesuka hati ja tanam.hehe
dikira klu tak tu??hehe
dekat Kelantan rasa banyak pokok ni..
jabatan yang mengendalikan poko ni ada di Kelantan ;-)
ok cepat teka 2 peneka terpantas ada cenderahati..hehe

jawab kat  entry ni ya <<TEKA TEKI>>

Teka teki: Pokok apakah ini??





 

dapat teka tak pokok apa?
ayu akan pilih 2 peneka terpantas  dan ada cenderahati sikit..hehe
jomlah main teka2..hehe





KataAyu:ayu akan publish komen bila dah ada yang tepat meneka ya ;-)

Tuesday 11 June 2013

Cara guna Western Union




Kalau nak beli barang dari luar Malaysia..automatik kena guna kaedah lain kan.tapi rasanya ada jugak poslaju ke luar negara kan.eh tapi tu untuk pos..hehe

first time beli barang dan sekarang baru mahir sikit..kalau nak ikutkan guna Western Union lebih cepat banding transfer duit dari bank..

Western Union ada di pejabat pos dan bank2 yang terpilih..yang pernah ayu guna adalah di BSN.

contoh borang WU

antara maklumat yang perlu kita tau,nama penerima,alamat penerima,dan matawang semasa.dalam masa 10 minit lepas transfer penerima akan terus menerima wangnya.(ini orang bank lah cakap)

tak salah transfer duit untuk saudara kat luar negara pun boleh guna wu kan?

ayu pernah order barang dari Indon dalam masa 3-4 hari barang tu dah sampai ke sini..so memang puas hati guna kaedah WU ni..hehe..kalau di BSN kadar yang dorang ambil untuk 1juta rupiah ke bawah hanya RM10..oklah kan?tak mahal sangat.untuk ke negara lain idok pasti..boleh cek nanti..