Thursday 28 February 2013

Dah mula dapat tanda2 busyyyy

Salam Khamis semua...alhadulillah kita masih dihidupkan pagi ini..syukur....hari ni tak da bebelan panjang...masuk kerja terus buat kerja..nampaknya bila dah mula projek ini tanda-tanda busy tu dah mula nampak..hehe...


mungkin ayu tak dapat nak seligat bw seperti sebelum ni...tapi inshaallah lambat pun pasti ayu terjah korang eh...mungkin kalau susah sangat nak bw hari-hari..lepas ni kena buat bw secara pukal la eh?..hehe

kekangan masa sekarang mencemburui untuk terus aktif blogging..mood pun kadang ada kadang tak kan...so ayu terjah lambat sikit lah ya...

selamat bekerja semua.....moga hari anda semua secara ceria-ceria belaka ;-)

Tuesday 26 February 2013

Dua pelajar UiTM maut kereta jatuh terusan



ANGGOTA polis memeriksa kereta yang meragut dua nyawa pelajar UiTM di Arau, Perlis semalam.


KANGAR – “Norhafiza ada beritahu jiran kononnya mahu pergi ke satu tempat jauh, namun tidak dinyatakan tempat itu.”
Demikian kata ibu
Norhafiza Zafarullah, 20, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau yang maut bersama seorang lagi rakannya manakala dua lagi cedera parah setelah kereta yang dinaiki terhumban ke dalam Terusan Arau di Kampung Belat Batu, Tambun Tulang di sini.


Ibu mangsa, Hariah Ismail, 43, berkata, ada sedikit perubahan terhadap anaknya itu terutama apabila Norhafiza menjadi pendiam ketika pulang ke rumah Jumaat lalu.
“Saya terima takdir ini (kematian Norhafiza) dan tabah untuk menghadapinya,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
Turut terbunuh dalam kemalangan pukul 7.50 pagi itu ialah pemandu kereta Proton Wira, Azmir Syazwan Suhaimi, 21, manakala dua rakan mereka iaitu Mohamad Faiq Roslan, 20, dan Norshazarwani Ainie Ahmad, 20, cedera parah.


inilah kisah kawan ayu yang berlaku 4 tahun lepas..memang mereka naiki kereta 2 lelaki dan 2 perempuan.tapi arwah fiza langsung tak kenal arwah met(syazwan).arwah hanya tumpang untuk pulan ke rumahnya dekat Penang.dan ditakdirkan mereka meninggal bersama dalam perjalanan pulang ke UiTM Perlis,2 lagi sahabatku selamat tapi seorang patah kedua belah kaki.alhamdulillah semangatnya kuat tak sampai setahun dah boleh berjalan.dan seorang lagi tak silap ayu patah tangan.yang sedihnya masa kejadian ni banyak dengar kisah2 yang tak sedap.ada jugak saluran akhbar yang tak betul.ramai mengatakan mereka ni pasangan kekasih.pastu pergi berseronoklah.macam2 lagi lah..yang mana sempat kami betul kan kami betulkan.apa yang terjadi hanya Allah sahaja yang tahu.moga roh mereka tenang disana..ALFATIHAH.. 

Minggu lepas banyak mendengar berita kematian saudara terdekat,tarikh yang sama dengan arwah met (22/2/13,JUMAAT) kakak pada abah meninggal.nasib sempat jumpa 2 minggu sebelum arwah meninggal..moga insan yang pergi dulu sebelum kita bersama orang2 yang beriman.AL-FATIHAH..


Friday 22 February 2013

9 Syarat Doa dimakbulkan Allah SWT



Salam Jumaat semua....
moga hari ini lebih baik dari semalam
dah hari esok lebih baik dari hari ini...

Thursday 21 February 2013

What Goes Around Comes Around


Inilah orang kata hukum KARMA..apa yang kita buat berpatah balik pada kita..kalau baik maka baiklah hasilnya kalau buruk maka buruk lah hasilnya.

Menolong orang dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.Inshaallah suatu hari nanti bila kita pula susah pasti akan dipermudahkan..

Jangan terdetik perasaan yang tak senang dalam hati kita dalam membuat sesuatu.apa pun biarlah dengan keikhlasan dan juga bersungguh-sungguh..hasilnya juga pasti baik

ayu ada benda nak cerita tapi bukanlah untuk membangga diri atau apa.cuma nak tunjuk satu perkara yang baik untuk semua..ada satu masa tu kadang-kadang bila kita senang pasti Allah menguji kita.mungkin pada masa tu kita akan fikir masa aku senang ni lah aku nak tolong orang..nanti bila aku susah pasti ada yang menolong kembali.. kalau bukan orang yang kita tolong mungkin orang lain Allah akan hantar untuk menolong kita

Itulah yang terjadi pada ayu..kadang2 pertolongan Allah ni dalam bentuk yang kita tak sangka2 akan berlaku..mungkin saat kita menolong seseorang tu,bila dia berdoa untuk kita doa itu dimakbulkan ketika kita di timpa kesusahan.tiada siapa yang tahu kan..

bila terjadi macam tu baru lah ayu terfikir kembali..apa yang kita buat kita akan dapat balik..kalau baik maka baik lah kalau jahat maka buruklah padahnya..yang tak baik tu mintak di jauhkan dari kita semua..

apa pun sentiasa lah bersangka baik pada Nya..inshaallah moga hidup kita diberkati ;)..hidup pada landasanNya moga kita tidak tergelincir dari landasan itu..AMIN.

Wednesday 20 February 2013

Jom Support Mrs Erry First Giveaway..

First time jadi sponsor untuk GA blogger..hehe...siapa tak kenal Mrs Erry yang kecik molek a.k.a Deqla comey ni kan..hehe...

ok buat pengetahuan semua,Deqla ada anjurkan GA untuk ulangtahun blog nya yang ke 3 dan sempena birthday nya sekali..hehe..

apa lagi jom lah pakat join ramai-ramai!!! join tau jangan tak join..kalau kita tak support blogger siapa lagi nak support kan?hehe...pastikan kawan join tau ;)




klik banner untuk join ;)

WW:Unik nya..


Terpegun tengok kat FB tadi
upload dekat blog..;)

Unik tak?dekat mana eh?

Tuesday 19 February 2013

Selamat Ulangtahun buat Kamu ;)



Hari ni Ulangtahun buat Masz Sidek..lama menyepi dear...
buzy katanya..moga lepas ni ada kelapangan
untuk aktif blogging kembali ya ;)


inikah Masz Sidek???hehe
sory dear..tercuri..hihi

Doa buat kamu dear ...

Selamat Hari Lahir ayu ucapkan..
semoga dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki,,
dipermudahkan segala urusan
dimakbulkan segal impian kamu
oleh Yang Maha Esa...AMIN

Mem"buzy" kan diri

Salam Selasa semua..sebelum tu ayu nak mintak maaf banyak-banyak..banyak urusan nak urus dalam minggu ni..jejak korang pun ada yang tak dapat nak balas lagi...


Alhamdulillah semalam dah bincang dengan bos pasal nak sambung study..memang dia bagi..tapi tu la kos kena ambil Sains jugak..hajat hati nak ambil pengurusan pulak tak kesampaian.tak apalah mungkin ada hikmah disebaliknya..mana tau kalau sambung master ambil pengurusan pulak kan..hehe..so esok baru boleh pos ke USM terlupa nak cop IC pulak ;(

Minggu ni jugak dapat berita ayu dapat BR1M tu..hehe..tahun lepas tak dapat pun tau..entahla kenapa kena reject..tahun ni alhamdulillah ada rezeki..boleh lah buat bayar roadtax motor tu ;)..kena ambil dekat Perlis..wakilkan emak jala untuk ambil.nanti nak balik mengundi lagi kan.

Selamat bekerja semua..nanti ada masa ayu terjah ya...;)

Monday 18 February 2013

Jadual Hujung Minggu lepas

Salam Isnin semua..semoga sihat hendaknya..moga tak da lah buzy2 Isnin ni ya ;)..minggu lepas just teman BFF sebab dia sambung master dekat UPM..kiranya start hari Khamis ayu duduk hostel UPM teman Ain sebab rumatenya belum balik.


hari Sabtu pagi pulak balik Perak rumah Ain sebab ambil kereta dia dekat sini susah sikit kalau tak ada transport..so pagi Sabtu naik ETS ke Batu Gajah..hari Ahad pagi gerak balik Serdang..alhamdulillah selamat sampai..nasib tak sesat..dah lah dua2 hentam ja jalan..hehe..

tengok member2 pakat sambung semangat pulak nak sambung study..inshaallah hari ni nak daftar USM PJJ mintak2 dapatlah sambung nanti ;)..ada yang nak sambung tak..jomlah sambung tak ada kawan ni..hehe

ok jom kita sambung kerja pulak..no more blues2..hehe

Saturday 16 February 2013

Percaya pada Nya


Mungkin Allah tak beri apa yang kita minta sekarang kerana
belum tiba masanya..
berdoa dan terus berusaha agar kita tidak berputus harap pada Nya..

Salam Jumaat semua ;-)

Friday 15 February 2013

Fakta Ringkas Orang KIDAL


Ada Blogger yang Kidal@Lefthanded tak??kalau ada kita geng!!!I
I'm lefthanded!..dengan bangganya mengaku..haha..bukan senang tau nak cari kidal ni..
kalau dalam family ayu,ada 2 orang ja..ayu and adik bawah ayu..kami 2 orang jala kidal.hehe..
kalau masa belajar dulu 1 kelas ada 60 orang yang kidal ada 8-9 orang..ramai jugak kan..hehe..orang kidal ni special tau..tak banyak dalam dunia ;-)


1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
7. Individu Kidal, Individu Elastik


sebenarnya sama ja orang kidal atau tak..yang bezanya cara menulis la kot..
orang kidal ni lain sikit..sampai buku pun kena sengetkan sikit baru boleh tulis..hehe..
dan lebih arif guna tangan kiri berbanding kanan..yang special nya sebab tak banyak orang kidal ja..hehe



kataAyu:buzy sikit harini,nanti ayu bw..huhu

Wednesday 13 February 2013

Cuti-cuti,Jalan-jalan,Surprise!!

Tajuk tak boleh blah..semua nak letak..hehe..cuti CNY hari tu banyak plan nak jalan pergi Melaka la,Genting lah..last2 tak jadi pun..haha..Kek Coklat Cheese pun hampeh tak sempat buat..semua plan tak menjadi..yang sempat buat keluar cari hadiah buat en Anip dan Abah ja.huhu..

hahh sempat jugak sambut CNY ni ;-P

Nak buat surprise lah konon..pergi  Alamanda lepas tengok Hantu Kak Limah 2..suruh lah en Anip pilih baju..nak bagi hadiah besday lah konon..mak aiii memang susah benor dia cari baju semua tak berkenan..haha..kalah perempuan ni..last2 pergi KL..masuk Pavillion keluar Lot 10 ..tak jumpa jugak!hadooii hebatlah kau Mat Anip..dekat 2 jam setengah tak jumpa..last2 pergi B.Glove dia ambil jugak lah..kesian kot dera minah sebelah dia tu jalan penat..haha..

antara banyak2 tu pun awak tak berkenan..hehe

last sekali..baju ni lah dia pilih gak..haddoii

siap pesan lagi..nanti besday kamu jangan buat camtu kat dia eh..tak kiro jugak..4 jam plak nanti kena jalan..baru adil!..haha

Itu kisah 10.2.2013, besday en Anip plak 12.2.2013..sempatlah sambut jugak sebab cuti kan..so je lah yang sempat ayu buat surprise..

Kek Besday Surprise..hehe



Sempat belanja pizza je lah buat Anip..huhu..sebab semalam dia dah nak balik Johor..so sempat singgah kejap jelah untuk makan..tak sangka banyak plak sampai tak habis makan..hehe..


inilah rupa budak 24 tahun..hehe..bukan budak lagi ya..dah tua dah pun..hehe..kena gempaq nak letak dekat blog baru nak pose elok2 eh..tau pun takut..hehe..apa pun Selamat Hari Lahir buat Kamu..moga segala impian kamu tercapai ;-)..harap surprise tahun ni awak terkejut lah ya.haha..turn saya tahun  ni sebab tahun lepas turn dia kasi surprise kat sini ha -->>surprise


Last sekali ni surprise untuk Abah pulak,1.3.2013 ni besday abah yang ke 53 tahun..harap2 abah suka n padan lah dengan abah..hehe..kena pos lah jawab nya..nak balik lambat lagi.huhu


KataAyu:banyak yang tak sempat terjah.nanti ayu terjah eh

Tuesday 12 February 2013

24 TAHUN SUDAH

12.02.13 cukuplah umur en Anip yang ke 24 tahun..wahhh awak dah tua ler...hihi..nasiblah jatuh pada hari cuti CNY bolehlah sambut besday awak kan..tidak susahlah sikit sebab Anip dekat Johor sekarang buat praktikal..bila cuti dapat lah dia balik Putrajaya.




Doa Ayu buat Anip ;)

Selamat hari lahir Mohd Hanif..
moga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,
dikuatkan iman,
dipermudahkan segala urusan dunia akhirat,
diberi kesihatan yang baik,
dan dimakbulkan segala doa kamu 
oleh Yang Maha Esa..
doakan jodoh kita juga,
moga disatukan mengikut perancanganNya ..
Amin

Friday 8 February 2013

Doa Bertemu Jodoh (Untuk Wanita)




bagi gadis yang masih bujang jom kita berdoa..
moga dipermudahkan jodoh kita ;-)
Amin

Salam Jumaat semua..selamat bercuti
dan selamat perjalanan bagi yang
balik kampung..

Thursday 7 February 2013

Perihal Mengundi


Siapakah rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun
 ke atas dan layak mengundi?
sila angkat tangan anda..hehe..
ayu pun salah seorang yang layak mengundi,
kali pertama mengundi di usia 24 tahun ni..
maknanya kena balik kampung lah nanti untuk mengundi.
Undi adalah rahsia kan?

sebagai generasi muda peneraju negara 
kita kena ambil tau jugak bab politik ni.
pilih calon yang benar2 layak untuk memimpin 
daerah,negeri mahupun negara.

kuasa mengundi di tangan kita.
cuba fikir apa akan terjadi jika kita tak ambil tahu bab politik?
jangan biar minda dan jasad kita di jajah sewenang2nya.
fikirlah masa depan kita,anak cucu kita nanti.
masa depan di tangan kita.jangan biar masa meghakis
 sedikit demi sedikit hak kita dalam negara kita sendiri..
fikir2 kanlah..sedar sebelum terlambat.
apa yang kita dapat hari ni tak mungkin berkekalan kalau kita salah tafsiran.



KataAyu:datang lewat!;)

Wednesday 6 February 2013

WW: Teringin nak buat ni..




Kek Coklat Kukus


Kek Coklat Kukus Lapis Cheese


Minggu depan kan cuti 4 hari,sebab kan tak balik kampung
teringin nak buat salah 1 kek kat atas tu..hihi
kalau jadi meh lah snggah rumah nanti. ;)

Tuesday 5 February 2013

Diperguna dan Ditindas?


Pernah terjadi tak pada kawan-kawan?
sama ada dipergunakan atau ditindas lebih kurang maksudnya kan?
apa reaksi korang?
melawan atau biarkan saja?

dalam hidup ini semua orang ada hak bersuara kan,
cuma berani atau tak saja untuk menegak kan hak diri kita.
Kadang-kadang bila kita diam makin dipijak-pijak pula..
tapi apa pun biarlah berpada jangan biar diri kita di pijak berulang kali.

hidup perlu berani.
jangan sampai kita diperguna atau orang 
mengambil kesempatan diatas kelembutan kita.
belajar untuk jadi kuat dan berani!hehe..



mutiara kata:

berani kerana benar,takut kerana salah
buat baik berpada-pada,agar diri tak merana.




KataAyu:buzy tak tentu masa.huhu

Monday 4 February 2013

Mood cuti ---> Mood Kerja

v
v
v
v
v
v
v
v
v


Lamanya rasa tak buka blog..
terasa janggal sekejap nak taip entri..hehe..
alhamdulillah lepas seminggu bercuti hari ni dah masuk kerja balik..
terasa nak cuti lagi..singkat ja rasa..
sekarang tengah menunggu kerja..
dah bertukar bos ni dapatlah kerja baru..
sambil tu up entri dulu..hutang bw pun banyak ni...
sabar ya nanti ayu merangkak melawat blog kawan-kawan ;-)

Salam Isnin buat semua....moga tak blues2 ya hari ni..hehe
Jom bekerja jom!!!!





KataAyu:BW jom!hehe