Sunday 30 September 2012

First time jumpa hantu!


Sebelum ni aku dengar pengalaman orang ja jumpa hantu,
sampai saat ini aku tak pernah jumpa lagi..
tapi nasib aku kali ni lain,aku jumpa hantu!arghhhh bunyi macam seram..
hantu ni siap bawak motor kapcai lagi!
haaahhh tak boleh tahan hantu bawak motor..
nasib baik dalam cerita saja..hehe..



Semalam aku tak tau nak buat apa,apalagi tengok wayang lah kerja nya..
tak banyak sangat cerita yang ada so aku pun decide
 tengok cerita lawak lah tapi ada hantu lah pulak..hehe.
.so aku pun tengok Hantu Kapcai!..
jom meh nak cerita sikit pasal hantu ni...


HANTU KAPCAI

Filem ni kisah antara dua beradik Ajib (zizan) dan Akim(lupa nama,hehe)..Ajib ni seorang mat despatch kalau tak salah aku sorang mat rempit jugak.yang Akim plak wataknya baik sikit kerja dekat kedai bunga.nak di jadikan cerita Tiger(Remy Ishak) seorang gengster ajak Ajib race.Lepas itu,Ajib pun setuju tapi Tiger main tipu dengan letakkan minyak atas jalan supaya Ajib kalah.Ajib pun meninggal dunia lepas ekciden tu.


Ajib seperti menjadi hantu kerana dapat muncul semula tetapi Ibrahim(Fiiz Fairuz sahaja yang dapat melihatnya).Banyak benda lawak yang berlaku anara Ajib dan Ibrahim memang boleh buatkan kita gelak saja masa dalam panggung.kiranya Ibrahim menjadi perantaraan antara Ajub dan Akim untuk Akim tunaikan hasratnya.


Tiger dan Ah Long plak tak habis2 mencari keluarga Akim kerana Ajib berhutang dengan mereka.last sekali Ajib dipaksa race dengan Tiger untuk selesaikan hutang Ajib dengan Tiger.Akhirnya mereka semua ditangkap polis termasuk lah Ibrahim kerana mengadakan lumba haram


Ayah Tiger seorang Yb menganjurkan perlumbaan untuk mereka berlumba secara halal ;-)..sekali lagi Akim pun masuk untuk berlumba dengan Tiger..siapakah yang menang??bagaimanakah nasib Ajib yang dah meninggal?Nasib Akim?korang pergilah tengok..hihi

bagi aku cerita ni lawak sangat memang aku pun tak larat nak gelak,cerita ni best sebab Fizz Fairuz dan Zizan memang menjadi lawak mereka.bagi aku ceirta ni terbaik dari cerita Hantu bonceng dan Adnan Sempit!sebab aku banyak gelak ja..haha..so aku bagi 4/5 bintang ;-)


Saturday 29 September 2012

Percubaan pertama...


ini entry pertamaku di malam hari..selalu online waktu siang and dekat ofis saja..
kali ni dah panjang tangan sikit..laptop n broadband dah ada..hehe..
bolehlah balas kunjungan kawan-kawan yang mana tak sempat..;-)....oh ya...
sapa yang pergi putrajaya esok??dengar kata ada banyak acara..
mau kalau terserempak tegur2 lah eh..ingat nak pergi jugak..hihi..
malam pun da konsert kan..bolehlah pergi jalan-jalan kejap ;-)
jom-jom kita pergi jalan-jalan ;-)

tetiba teringat masa study dulu..dan inilah dinner terakhir masa study dulu..
sedihlah pulak member semua dah dapat degree
aku tak dpaat teruskan perjuangan lagi,
mintak2 adalah rezeki tahun depan nak buat pjj..huhu



 ce teka mana ayu???hehe


selamat malam....
ayu nak tidur dah,esok pagi ada hal nak kena settle..
petang kalau sempat jom jumpa kat Putrajaya..hihi

Friday 28 September 2012

bila aku tumpang glamor,ginilah jadinya..hehe


ohhhh terlewat besiaran hari ni,
gara-gara kena lunaskan kerja yang banyak
so meh nak cita aktiviti minggu lepas..hehe

Nak di jadikan kisah Ahad lepas pergi Metro Kajang..
just makan angin ja..hehe..
pastu terserempak plak dengan Linda Onn,Redza,Halim Othman..
rupanya dorang ada buat gelajah Suria Fm..
bolehlah tahan ramai orang kat situ..
aku pun sempat jugak lah menyelit nak tumpang glamor..haha...
akhirnya dapat dapat jugak lah cuit2 Linda Onn..
aku ingat tinggi sesangat tapi oklah standard orang Malaysia lagi rupanya..hihi..

baru perasan tersengih benar aku ya..haha

Dengan Halim aku tak sempat nak tangkap 
ntah napa tak sampai aura nak gi kat dia..hihi..
so aku snap pic dia dari jauh ajalah..
Redza plak aku tak pergi pun side dia,
sebab dia main bahagian depan ja ramai sangat orng nak pergi
.pastu ada Nadia,ntah aku tak kenal sangat,dan 2 orang lagi artis
 aku tak kenal tapi lagu dorang femes jugak..hihi..


curik-curik aja lah kerja..hehe

tak dalah nampak tua sangat kan,walaupun tak kahwin lagi..hehe

konsert last dari Aweera (MOJO).
En Anip nak sangat tangkap gambar dengan Aweera
 sebab member2 dia pakat minat saja nak bagi jeles..hehe.
last2 tak da peluang sebab manager aweera kot kalut sangat tarik dia
 yang dapat tangkap pun tak sampai 10 orang.

 Si rambut kerinting..haha

wahhh tarik jangan tak tarik..;-) 

ni jela yang mampu,snap!!haha

nak dijadikan ada rezeki jumpa Aweera,time tu kitaorang nak balik dah,
tiba2 Awwera keluar ikut pintu tu jugak tak da plak orang kawal dia,
apalagi aku serbu lah..haha..
terus semang jumpa orang kampung lah katakan..haha..
En anip la sembang.so dapat gakla tumpang glamor jap..hihi...

Orang Utan Aji ni..orang Perlis tau la kan..hehe 

tumpang jugak..hehe


pastu aku jumpa lak dengan Farid kamil..haha 
nampak tu nak tumpang glamor jugak..hihi..

sengal tak yang ni..haha





Kata Ayu:hari ni tak dapat bw Jumaat pun banyak kerja jugak..huhu
malam nanti dah boleh bw,nanti ayu terjah kawan2 ya ;-)

Thursday 27 September 2012

Kad bank hilang..tak pasal2 kena minat MU..apa kes??




hati dah cuak jantung macam nak luruh dah masa pergi bank nak cash duit semalam..
cek punya cek kad bank hilang!!haish mana aku letak pulak ni..
merata tempat pergi,kedai ang aku singgah semua aku pergi..
balik rumah cari pun tak jumpa gak..

aduhai memang sah hilang,sehari sebelum tu aku pergi bank
 untuk keluar kan statement ja..
memang rasanya aku terlupa ambil kad ni!..
apalah nasib kalau ada orang dapat cash out duit aku ni..
duit gaji pun tak sempat ambil lagi..
then terus search no maybank online n 
dapat block kan kad..

masalah aku tak dapat detect dah ada orang buka akaun aku ke tk.
.nak check online username Maybank2u pun aku dah lupa..
nahhh sydah nak tak nak kena tunggu esok jugak..
memang tak lena tidur semalam kejap2 jaga..
duit sebulan belanja tu..kalau lesap memang sedekah free tu..huhu..
pagi tadi masuk lewat terus pergi bank..
tunggu bank buka pukul 9.15 pagi..
dah buat kad n cek akaun alhamdulillah ada rzeki aku..
duit semua ada..selamat ;-)..
yang eksaited siap dapat kad Maybank edisi team MU lagi!..

lebih kurang ginilah..hehe

ohh tidaklah aku tau menahu pasal bola..hehe
sapa minat Mu jom tukar..hihi..
so peringatan untuk semua kalau dapat tahu kad hilang
 and tak jumpa cepat2 call 1-300-88-6688
 untuk Maybank untuk block terus akaun 
takut ada yang pandai n boleh buka akaun kita ;-)







Kata Ayu:tak sempat nak terjah lagi hari ni,ada seminar kejap lagi..nanti ayu balas kunjungan ya ;-)

Wednesday 26 September 2012

Kerana 1 bulan bonus ku di potong!!!!


mula-mula dapat aku terkejut jugak kenapa dapat sikit?
yang lain banyak ja..sebab rate kitaorang lebih kurang sama..
sepatutnya mesti dapat sama jugak.akhirnya dapat jugak jawapan
 sebabnya aku masuk lewat sebulan dari financial year.

so untuk tahun ni time tu aku tak di kira 1 tahun bekerja lagi,,
yang lagi sedih tarikh aku masuk dengan financial year
 beza sehari sahaja terus bonus cut half..
ohhh memang betul-betul kecewa kalau 30 hari ok lah jugak kan..huhu.
tapi dah memang rezeki takat tu jakan.kena terima dan redha..
so sepatutnya dapat lebih kurang 3bulan lebih kena cut..hukhuk..
terima jala kan..hehe..
senyum tetap senyum,kerja tetap kerja..chaiyokkkk!!!!!!
mungkib Allah tundakan rezeki kita hari ini,
untuk Dia banyakkan pada masa akan datang ;-)
rezeki datang dalam pelbagai cara,bukan dalam bentuk duit ja tau!
itu kita kena ingat..hehe


Jom doa sama-sama..
moga murah rezeki kita ;-)



Amin Ya Rabbi Alamin...


jom pergi KLCC!!!
jom tengok apa watak kita ;-)


Kata Ayu:Semakin hari semakin buzy...so kena sabar banyak-banyak..hehe

WW: pernah nampak??

Tuesday 25 September 2012

Untuk 3 hari terbaik!!!!


gempak tajuk gempak tak filem tu???hehe..
dapat jugak tengok Ahad lepas..
memang tak boleh lawan Ombak Rindu tapi..........
meh nak cerita sikit..hehe



Cerita ni boleh tahan,bagi aku jalan ceritanya ok..
buatkan aku ketawa,feeling sedih biasa sahaja kira tak dalah sampai menagis.hehe..
meh nak cerita sikit,kisah ni percintaan antara Ujie(vee) dan Afin(shidee)
.tapi ibu bapa mereka tak tahu hubungan mereka.


nak dijadikan cerita mak Ujie(Ogy) nak kahwinkan dia dengan pilihan emaknya.
emak Afin pun nak kahwinkannya dengan Juwita(Ayu raudhah).
disebabkan afin takut nak hampakan mak dia,sebab maknya pantang afin melawan pasti kena marah.
so afin pun berpakatlah dengan ujie supaya mereka kahwin 3 hari sahaja
 untuk penuhi hajat mak ayah mereka.


akhirnya Ujie berkahwin dengan Afdlin dan afin berkahwin dengan Juwita(ayu).
yang lawaknya dalam masa kita  3 hari tu macam2 benda berlaku.
yang Afdlin buat macam2 untuk tidur dengan Ujie tapi tak berjaya.


yang Juwita pun buat macam2 untuk menggoda Afin tapi tetap tak berjaya..
semua part ni semua lawak.memang aku pun tak larat nak gelak.


pastu part yang tersentuh sikit sebab suami ujie dan isteri afin ni masing2 sangat baik.
kedua2 nak jadi suami dan isteri yang terbaik untuk pasangan mereka.
Cuma ujie da Afin yang tidak mencintai pasangan mereka..
sebelum ending ada jugak terselit percintaan monyet 
masa Ujie sekolah dahulu bersama kekasihnya Remi(zizan razak)
 dan Afin bersama Dira Abu Zahar.kira filem ni banyak jugak pelakon terkenal..
so apakah kesudahannya???dapat afin bersama Ujie???
korang gi tengok sendiri ya..hihi..
bagi aku memang best sebab cerita romantik + komedi ;-)..
untuk filem ni aku bagi 3.9/5..hehe..





Ayu sokong Scha la..hehe
Lelong barang murah-murah
Hot fm jadi hangat fm???
nil ah online shopping terbesar!


Monday 24 September 2012

Dah boleh cash out!!! jom buat duit dgn tuto ni ;-)


Wahhh tak salah 2 minggu lepas ada cerita pasal Says...
pastu minggu lepas cek setelah seminggu dah boleh cash out..
makna nya dalam seminggu earning dah melebihi RM50!



.Alhamdulillah boleh lah buat belanja seminggu.
.tapi aku tak cash out lagi pun..saja nak tunggu banyak2..hihi.
jomlah bagi yang belum join kita pakat join sesama...
pastu add lah ayu kat fb,yang mana yang dah join semua dah jadi kawan
 and kitaorang tolong klik2..kan mengeratkan silaturahim jugak tu..hihi...


jangan risau dekat fb pun dah ada group yang akan tolong member2 untuk klik..
so kita pakat tolong lah kan..nak tak nak ja..hehe

nak jadi kawan jomlah add ayu dekat fb-->>ayulina
twitter pun boleh ;-) -->>ayulina


ok sekarang ayu sediakan sekali cara-cara nak iklankan Says ni


  1. ok mula kawan-kawan Sign up kat sini-->>Sign Up
  2. Lepas tu buka email untuk active kan.
  3. ok sekarang dah boleh mula broadcast iklan,bila buka says akan keluar macam bawah ni

4. Untuk tengok current earning boleh klik Dashboard.Untuk ambil iklan klik Special.


5. Ok kawan-kawan boleh pilih iklan yang belum complete sahaja tau..kalau share iklan yang dah complete takkan dapat duit ;-) lepas klik iklan yang dipilih, akan keluar macam dekat bawah ni.


6. Klik dekat broadcast untuk dapatkan link.dan akan keluar macam dekat bawah ni


7.Ok kawan-kawan boleh terus broadcast melalui FB,TWITTER..atau copy sahaja link yang ada macam dekat atas dan letak dekat wall macam kat bawah ni

8.Buatlah ayat menarik untuk orang klik ;-)..ada apa2 boleh tanya..sharing is caring ;-)

group fb -->>Side income fb ....-->>says group


***harap dapat membantu,apa lagi jom sign up sekarang!!!


baru jinak2 dengan 1 lagi side income akak blogger ajar..hihi..kalau menjadi nanti ayu share lagi ;-)

Inilah tempat kita...



Segala yang terjadi Allah lebih mengetahuiNya ;-)







Kata Ayu:Alhamdulillah semuanya telah selesai dengan baik,terima kasih kawan-kawan mendoakan ayu ;-)

Friday 21 September 2012

Sendirian...

 
Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang kita hendak dalam hidup ini,
kadang-kadang kita buntu dengan apa yang kita telah lakukan..
kadang-kadang kita menjadi tenang bagai tiada apa yang berlaku,
kadang-kadang kita menjadi gelisah hati bagai tidak kena..
 
Di pagi Jumaat yang indah ini,Ayu ingin mohon maaf jika 
terdapat hati yang terluka atau ada ayat-ayat ayu yang
 menyinggung perasaan kawan-kawan ya..
semoga hari-hari yang berlalu mematangkan kita 
untuk menempuh hari-hari yang bakal menjelma ;-)


 
 






 
Kata Ayu:mood sedih hari ni..mendoakan yang terbaik.hukhuk

Thursday 20 September 2012

Twitter On!!!


ada ja account tapi tak pernah guna pun..hihi..
tak explore lagi macam mana lah orang dok twet2 tu yer..;-)..
so nasib buka account tad i boleh..jom tweet2..hihi..
kalau sudi jomlah tweet -->>ayulina





baru tweet dengan akak Suzyanna, Nani,Dya...
jom tweet2 jom!!!!


time tak da kerja boleh lah free sikit..hihi

Jatuh dan Bangun


Sekali kita jatuh tak bermakna kita jatuh atau gagal untuk selamanya.
yang penting setiap jatuh dan bangun itu adalah pengalaman,
jika kita tidak pernah jatuh kita tak dapat merasa kesakitan itu,
jika kita pernah bangun kita tidak dapat merasa kemanisan itu.
apa pun semangat yang tinggi untuk terus bangun itu perlu ada
.jangan jatuh dan terus rebah...



Setiap dugaan ada hikmahnya ;-)


Never Give Up!!





Selagi hidup semuanya takkan habis ;-)
Selamat bekerja ;-)

Wednesday 19 September 2012

Semakin hari semakin sibuk..

Menghitung hari-hari yang berlalu dalam hidup ni..
terasa singkat sangat..sekarang dah semakin busy kerja pun dah banyak..
lumrah hidupkan.selagi hidup kerja takkan habis..
kadang2 blog pun dah terabai..

tapi sedaya upaya ayu cuba balas kunjungan kawan-kawan 
cuma nak terjah entry baru tu tak setangkas dulu..hehe..
lepas ni maybe akan aktif waktu malam kot..
alhamdulillah laptop dah ada,broadband dalam proses..hehe..
so dekat ofis kalau free boleh lah terjah..
tak sempat terjah sambung malam..hehe..

ok tak ayu edit??
nak letak kat header blog tak pandai..hehe..
eh nak tanya betul ke blog ayu berat??
da yang tolong inform..
nak wat camna ya bagi ringan..huhu
buntu ;-(



WW:Hal Kahwin..;-)





tak wordless sangatlah..hehe








Kata Ayu : bos dah masuk,busy bonar hari ni..huhu

Tuesday 18 September 2012

Jamuan raya dekat Perlis pulak..;-)

Hari tu aku balik naik train..
dari 9.30 mlm sampai 9.00 pagi dekat Padang Besar..lamakan??
nasib merantau jauh-jauh..hehe..
pastu mama amik terus pergi tolong dia siapkan tempat vip
 untuk majlis sebelah malam.pastu balik rumah..
arhh tempat yang paling aku tunggu-tunggu..

memang tak sempat rest pastu kena pergi 
kedai mama pulak tolong dekat sana..
sebelah malam terus pergi majlis hari raya dekat ofis abah..
jom kita tengok gambar ;-)

 sampai ja amik gambar dengan mama..hehe

 bersama Mi,salah sorang anak angkat mama..banyak anak angkat mama ni..hehe
semua lelaki ya,kalau perempuan aku jeles..haha

 adik harris yang paling banyak akal..

 pose macam ni memang wajib..hehe

 antara isteri staff yang hadir..

 angakatan hulu balang KTMB,Kastam,Imigresen..hehe

 mama dengan kawan-kawan ;-)

 kek last minute..hehe

 uihhh banyak betul kamera,aku pun tengok ke lain dah..haha

 abh busy malam ni,nak tangkap gambar pun kalut2..hehe

 abah stylo saya..hehe

 kuning pekat nya abah..hehe

 hehe sempat inteprem jugak..hihi

 mama kena panggil untuk nyanyi,tula pakai meriah lagi..hehe

 mama dengan penyanyi,tapi aku tak kenal..hehe

 terbaik punya candid..hehe

pengantin lama..hehe

apa macam??nilah last jamuan raya tahun ni..hehe