Beliau adalah Abraham Lincoln
Presiden Amerika ke16
dan presiden pertama yang mati dibunuh.
(kalau tak silap melalui sejarahnya)
Beliau seorang pemimpin yang sangat tidak bersetuju
dengan sistem penghambaan (hamba abdi)
Kisahnya dilakonkan dalam filem
Abraham Lincoln:Vampire Hunter
(Pemburu Pontianak)
Sabtu lepas aku sempat pergi tengok Cerita ni dengan En Anip..
memang tak rugi tengok,selalu kalau cerita sebegini pasti ada unsur keagamaan
tapi cerita ini nyata berbeza sarat dengan mesej yang sangat baik
ceritanya pun tak ada adegan yang terlampau memang sesuai untuk kita tonton
Aku sangat tertarik dengan jalan ceritanya.
mengisahkan manusia yang hidup bersama pontianak.
kisah sistem penghambaan yang ditakluki oleh pontianak.
Abraham sejak kecil sangat berdendam dengan pontianak kerana
telah menyebabkan kematian emaknya.tujuannya hanya satu untuk membalas dendam
Banyak kejadian yang berlaku sebelum dia dapat membalas dendam.
siangnya dia bekerja,malamnya menburu pontianak.
banyak peristiwa yang berlaku sehingga dia dapat menjadi seorang peguam dan presiden.
Abraham akhirnya berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki
dan akhirnya anaknya juga dibunuh oleh pontianak
dalam keadaan negaranya sedang ingin ditakluki oleh pontianak
Abraham dapat mengatasinya dengan perancangannya yang bijak.
first ingat cerita yang berunsur sejarah ni tak best.
rupanya sangat best sarat dengan mesej
antara yang aku dapat dalam cerita ni..
tak semestinya bila seorang itu jahat semua keturunnya juga jahat.
seperti cerita ini ada juga pontianak yang baik.
yang kedua bertindak di luar jangkaan.
jangan hanya bergantung pada satu rancangan sahaja,
mungkin untuk berjaya kita perlu ada 2,3 rancangan yang lain..
Anda teka dengan betul ;-)
Kata Ayu :
tak rugi tengok..ada mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ini pada yang memahami ;-)